SPRM sahkan RM65 juta dana 1MDB dipegang suami Zeti

 SPRM sahkan RM65 juta dana 1MDB dipegang suami Zeti

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang didapatkan semula dari Singapura dipegang oleh sebuah syarikat milik bekas suami Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Pada Jumaat, SPRM berkata setakat ini, mereka telah berjaya mendapatkan semula aset dan dana yang dikaitkan dengan 1MDB berjumlah RM20.5 bilion.

Ini termasuk pemulangan aset bernilai AS$15.4 juta (RM64.4 juta) melibatkan akaun Cutting Edge Industries LTD milik Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

Tawfiq adalah suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akthar Aziz, saksi dalam perbicaraan 1MDB bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Tawfiq sebelum ini disoal siasat oleh polis berhubung dana 1MDB, walaupun belum ada maklumat terkini mengenai siasatan itu.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *