SPRM kesan warganegara Belanda, Myanmar bantu siasatan kes rasuah

 SPRM kesan warganegara Belanda, Myanmar bantu siasatan kes rasuah

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan dua individu iaitu masing-masing seorang lelaki warga Belanda dan Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, SPRM berkata individu pertama, Pieter Jan Eimers, 61, seorang lelaki warga Belanda memegang pasport bernombor BA0223039 dan mempunyai alamat terakhir di No 14, Preston Road, Singapore 117612. Individu berkenaan dikesan kali terakhir ketika memasuki Malaysia pada 3 Mei 2007.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Zabir Sharif di talian 013-216 8343 / 06-762 5446 atau emel kepada zabir.sharif@sprm.gov.my.

Sementara itu, SPRM Negeri Sembilan turut mengesan Jaber Hamid Husson, 28, seorang lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354-00287837. Individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No.50, Lorong 7, Taman Jujur, Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Shamin Aizat Azmi di talian 017-954 1048 / 06-762 5446 atau emel kepada shaminaizat@sprm.gov.my.

Dua individu yang cuba dikesan oleh SPRM

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *