• Sunday, 20 June 2021, 11:50 am

SPM 2020 terbaik sejak lima tahun lalu – Radzi Jidin

 SPM 2020 terbaik sejak lima tahun lalu – Radzi Jidin

Gambar hiasan –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Walaupun berdepan pelbagai rintangan seperti peperiksaan yang tertangguh dan terpaksa menjalani pembelajaran secara dalam talian, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 berjaya mencatatkan peningkatan.

Malah, keputusan SPM 2020 adalah yang terbaik berbanding sejak lima tahun lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan SPM 2020 mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019.

Ia melibatkan calon yang mendaftar kali pertama dengan sekurang-kurangnya enam mata pelajaran mencatatkan serta calon yang menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran,

“Ingin saya ingatkan bahawa nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Jadi, kalau 2019 nilainya 4.86, 2020 nilainya 4.80 dan ini menunjukkan pencapaian calon pada 2020 meningkat,” katanya pada sidang media khas keputusan SPM 2020 secara maya hari ini.

Tambah Radzi, pencapaian calon luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.

Seramai 88.68 peratus daripada 401,105 calon berdaftar bagi SPM 2020 layak menerima sijil peperiksaan tersebut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *