Speaker Parlimen nafi Presiden UMNO mohon pindah tempat duduk

 Speaker Parlimen nafi Presiden UMNO mohon pindah tempat duduk

Speaker Parlimen, Datuk Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR, 27 Jun  — Speaker Parlimen, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon menukar tempat duduk dalam sidang khas Dewan Rakyat.

Laporan itu turut menyebut Ahmad Zahid bersama tiga lagi ahli Parlimen, dipercayai daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN), meminta untuk menukar tempat duduk dalam persidangan itu.

Azhar Azizan berkata, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada ahli-ahli Parlimen tersebut.

“Saya anggap berita itu adalah satu pembohongan dan fitnah terhadap saya,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li memohon supaya tempat duduknya di blok kerajaan pada sidang khas Dewan Rakyat itu diubah kerana tidak mahu dianggap menyokong ‘kerajaan gagal’.

Pertukaran tempat duduk itu dimohon Ku Li menerusi sepucuk surat kepada Azhar Azizan bertarikh 26 Julai 2021 dan kemudiannya dipenuhi bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu pada hari ini.

Mohd Abrar KA

abrar@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *