• Thursday, 17 June 2021, 1:37 pm

Sorakan penyokong Harimau Malaya bakal bergema di Stadium Al-Maktoum

 Sorakan penyokong Harimau Malaya bakal bergema di Stadium Al-Maktoum

Penyokong Malaysia, Dr Muhammad Ehsan Che Munaaim di Stadium Zabeel ketika perlawanan menentang UAE dalam Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Kredit gambar dari Facebook Muhammad Ehsan Che Munaaim

SEBANYAK 2,300 tiket diperuntukan khas buat rakyat Malaysia yang berada di bumi Dubai bagi memberikan sokongan padu menjelang pertemuan Harimau Malaya menentang Vietnam dalam Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam esok.

Satu hantaran dalam Facebook Malaysian In Dubai oleh Dr. Muhammad Ehsan Che Munaaim telah menyatakan, Malaysian Business Council UAE and Malaysia/Singapore Dubai FC untuk menjemput rakyat Malaysia ke Stadium Al-Maktoum malam esok untuk bersama-sama memberi laungan semangat kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu.

Pastinya penyokong tidak lagi mahu disajikan dengan gerak hambar pemain sekali gus mengulangi mimpi ngeri selepas tersungkur 0-4 kepada UAE pada perlawanan sebelum ini.

Penyokong Malaysia, Dr Muhammad Ehsan Che Munaaim di Stadium Zabeel ketika perlawanan menentang UAE dalam Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Kredit gambar dari Facebook Muhammad Ehsan Che Munaaim

Menetap di Dubai selama sembilan tahun, Muhammad merupakan Pengurus Kontrak di Parsons Corporation dan pensyarah sambilan di Heriot-Watt University.

Beliau juga merupakan pengasas di Inspirasi Center, syarikat tidak berasaskan keuntungan yang memberikan perkhidmatan mentoring kepada pelajar dari latar belakang mencabar di Malaysia.

Penyokong Malaysia di Stadium Zabeel ketika perlawanan menentang UAE dalam Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Kredit gambar dari Facebook Muhammad Ehsan Che Munaaim

“Saya menyeru kepada semua penyokong yang hadir menyarungkan jersi kebangsaan atau baju T berwarna kuning sebagai tanda sokongan. Saya harap Malaysia dapat menang sekurang-kurangnya 1-0,” kata menerusi platform media sosial itu.

Sementara itu, dalam masa menanti hari perlawanan, para penyokong di Dubai telah membuat persedian dengan menyediakan tiga kain rentang dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris yang disediakan oleh Malaysian Business Council dan Malaysia/Singapore Dubai FC.

Lebih manis lagi apabila perlawanan menentang Vietnam itu secara tidak langsung memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berhimpun secara sah selepas tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan Hari Raya selama dua tahun kerana pandemik COVID-19.

Penyokong Malaysia memasang kain rentang di Stadium Zabeel ketika perlawanan menentang UAE dalam Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Kredit gambar dari Facebook Muhammad Ehsan Che Munaaim

Bagaimanapun, masih ada syarat yang dikenakan untuk semua penyokong sebelum memasuki stadium.

Mereka perlu menjalani Ujian PCR dengan keputusan negatif dalam masa 48 jam menerusi aplikasi tempatan, AL Hosn.

YALLA rakyat Malaysia di UAE!
YALLA Harimau Malaya!

 

Supian Ahmad

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *