SOP sektor peruncitan bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP diselaras KPDNHEP

 SOP sektor peruncitan bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP diselaras KPDNHEP

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini telah menyelaras dan melaksanakan penambaikan prosedur operasi standard (SOP) sektor peruncitan bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Tujuan SOP terbaru ini diselaraskan adalah untuk memastikan semua syarikat peruncitan, pemborongan dan pengedaran dapat mematuhi SOP berkenaan.

Tindakan tegas akan diambil termasuk kompaun dan penutupan premis perniagaan sekiranya mana-mana pihak gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Bagi akvititi restoran di kawasan PKP, PKPB dan PKPP secara makan di premis dibenarkan berdasarkan saiz meja dengan penjarakan sekurang-kurangnya satu meter.

Bagi aktiviti pusat pengedaran dan jualan kereta di semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP tidak dibenarkan aktiviti pandu uji di premis.

Bagi aktiviti pakaian, fesyen dan aksesori berkaitan aktiviti acu baju (fitting) dan bilik acu baju (fitting room) tidak dibenarkan dengan menyediakan penggunaan sarung tangan pakai buang di kawasan PKP.

Bagi kawasan PKPP dan PKPB aktiviti acu baju (fitting) dan bilik acu baju (fitting room) dibenarkan tanpa menggunakan sarung tangan pakai buang.

Manakala bagi aktiviti cuci kenderaan, hanya cucian luar kenderaan dan pandu lalu sahaja dibenarkan kecuali motorsikal. untuk kawasan PKPB dan PKPP, semua aktiviti dibenarkan seperti biasa.

Rundingan secara bersemuka tidak dibenarkan bagi aktiviti kedai cermin mata dan barang optik bagi kawasan PKP manakala untuk kawasan PKPB dan PKPP semua aktiviti bagi kedai jenis berkenaan dibenarkan.

Hanya aktiviti gunting rambut asas dibenarkan di kawasan PKP dan semua aktiviti dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP kecuali urut kepala, bahu dan badan.

Tindakan tegas akan diambil termasuk kompaun dan penutupan premis perniagaan sekiranya mana-mana pihak gagal mematuhi SOP ditetapkan, menurut kenyataan yang dikelaurkan oleh KPDNHEP.

 

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  −    =  78