SOP PRN Sarawak dimuktamad 30 Nov ini – KJ

 SOP PRN Sarawak dimuktamad 30 Nov ini – KJ

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dimuktamadkan menjelang 30 November ini kata Khairy Jamaluddin.

Menurut Menteri Kesihatan, perbincangan mengenai SOP itu telah diadakan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak petang Khamis dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang telah diamanahkan untuk menyelaraskan perkara itu dengan kerajaan Sarawak.

“Ada beberapa perkara yang masih perlu diperhalusi saya telah memberi masa sehingga 30 November sebelum dimuktamadkan dan disyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Saya telah mengadakan perbincangan tengah hari tadi dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berkenaan dengan SOP dan  menugaskan Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang untuk menyelaraskan perkara ini dengan Kerajaan Negeri Sarawak,” kata Khairy kepada media di Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan di Seremban pada Khamis.

Hari Penamaan Calon bagi PRN Sarawak telah ditetapkan pada 6 Disember, manakala pengundian awal ditetapkan pada 14 Disember dan hari mengundi pada 18 Disember.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *