• Sunday, 20 June 2021, 12:51 pm

SOP baharu ‘total lockdown’ 1 hingga 14 Jun

 SOP baharu ‘total lockdown’ 1 hingga 14 Jun

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) ketika sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh untuk sektor ekonomi dan sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Iqhram Ahmad

KUALA LUMPUR, 30 Mei. – Majlis Keselamatan Negara hari ini mengumumkan semua aktiviti ekonomi dan sosial adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun ini, kecuali 17 perkhidmatan penting.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada hari ini memberitahu 17 perkhidmatan penting yang dikecualikan ialah:

1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
2. Penjagaan kesihatan & perubatan
3. Air
4. Tenaga
5. Keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan, bantuan kemanusiaan
6. Pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembentungan
7. Pengangkutan darat, air & udara
8. Perkhidmatan & pengusahaan pelabuhan, limbungan kapal terbang
9. Komunikasi termasuk media, pos & kurier
10. Perbankan, insurans, takaful & pasaran modal
11. Kredit komuniti termasuk pajak gadai
12. E-dagang & teknologi maklumat
13. Pengeluaran, penyimpanan, pembekalan, agihan bahan api & pelincir
14. Hotel (bagi tujuan kuarantin sahaja)
15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
16. Perkhidmatan perhutanan
17.Logistik (terhad penyampaian perkhidmatan perlu)

Selain itu, beliau menyatakan, semua sektor perkilangan adalah tidak dibenarkan, kecuali:

1. Sektor aeroangkasa
2. Perkilangan makanan & minuman
3. Bahan pembungkusan dan percetakan (Makanan & kesihatan)
4. Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci
5. Keluaran penjagaan dan perubatan
6. Barang penjagaan, perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran.
7. Komponen bagi peranti perubatan
8. Elektrikal dan elektronik
9. Minyak & Gas
10. Bahan api dan pelincir

Sementara itu, pusat beli-belah dan pasar raya dibenarkan untuk beroperasi tetapi hanya terhad kepada perniagaan perkhidmatan penting sahaja termasuk makan dan barang penjagaan diri.

Walaupun sektor-sektor ini dibenarkan beroperasi sepanjang ‘total lockdown’ ini, Ismail Sabri berkata, kapasiti pekerja sebanyak 60 peratus sahaja dibenarkan, sekali gus mengurangkan kehadiran pekerja daripada 15 juta ke 1.5 juta.

Katanya, keputusan PKP ini dibuat bagi menjaga kepentingan kesihatan awam dan keselamatan rakyat di dunia era pandemik ini.

“Kerajaan lebih mementingkan nyawa rakyat. Oleh itu, satu pengorbanan perlu dibuat bagi menjaga kesejahteraan rakyat. Dengan kapasiti hospital seperti ICU kini di tahap maksimum, sistem kesihatan akan runtuh jika ‘total lockdown’ tidak dibuat.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak keluar rumah sepanjang tempoh 2 minggu melainkan mempunyai urusan penting, termasuk pembelian barang keperluan dan jika ada kematian dan sebagainya,” kata Ismail Sabri pada sidang media berkenaan.

Selain itu, beliau menegaskan, setiap kenderaan hanya membenarkan dua penumpang sahaja.

 

Sila klik pautan berikut untuk memuat turun maklumat lebih terperinci:

Aktiviti yang DIBENARKAN:

RINGKASAN SOP PKP MKN 30 MEI 2021 -DIBENARKAN V4

Aktiviti yang TIDAK DIBENARKAN:

RINGKASAN SOP PKP MKN 30 MEI 2021 -TIDAK DIBENARKAN V3

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *