Sokongan padu penjawat awam beri PN motivasi raikan kejayaan PRN Melaka – Hamzah

 Sokongan padu penjawat awam beri PN motivasi raikan kejayaan PRN Melaka – Hamzah

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Sokongan padu yang diterima daripada penjawat awam hasil keputusan PRN Melaka minggu lalu telah memberi “lebih motivasi” kepada Perikatan Nasional (PN) kata Hamzah Zainuddin.

Menurut Setiausaha Agung Perikatan Nasional itu, biarpun hanya memenangi dua kerusi DUN dan BN menyapu bersih kemenangan pada PRN Melaka, PN mempunyai beberapa sebab untuk meraihkan kejayaan hasil analisa awal parti itu.

“Kami mendapati bahawa terdapat peningkatan dari segi sokongan terhadap PN, dan ini memberi kami lebih banyak motivasi,

“Terdapat peningkatan sokongan daripada penjawat awam. Ini kerana apabila saya melihat keputusan pengundian awal, kebanyakan mereka adalah daripada penjawat awam.

“Mereka semua memilih kita, dan itu adalah sesuatu yang positif bagi kita.”

Malah Hamzah turut berkata adalah penting untuk mencari jalan untuk mengelakkan lebih banyak pertembungan yang boleh menyebabkan perpecahan yang lebih besar di negara ini.

Susulan itu, BERSATU telah mengenalpasti kelemahan semasa PRN Melaka lalu dan akan mengambil langkah penambah-baikan dengan segera

Hamzah berkata, PN telah melibatkan beberapa organisasi untuk menghasilkan analisa mendalam mengenai persembahan PN di Melaka dan ianya akan didedahkan pada sedikit masa lagi.

Berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2021 pula, Bersatu telah memutuskan untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak bagi menentukan strategi dan persiapan menghadapi PRN Sarawak 2021 dan sekaligus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  8  =