Sokongan dua MP kepada PN beri kestabilan perkukuhkan ekonomi

 Sokongan dua MP kepada PN beri kestabilan perkukuhkan ekonomi

Datuk Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA, 28 Feb — Sokongan yang dizahirkan dua Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), akan memberi kestabilan kepada kerajaan dalam menyusun semula serta memperkukuhkan ekonomi, bagi negara mendepani pandemik COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

“Pada saya penting, sebab kestabilan politik adalah perkara yang paling mustahak dalam suasana negara masih berhadapan COVID-19, dan kita nak menyusun semula dan memperkukuhkan ekonomi, perkara paling mustahak adalah stabiliti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hantaran di akaun Facebook rasminya hari ini memaklumkan, Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon, menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani mereka kepadanya, untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan PN selepas sesi pemukiman ahli Kabinet di Putrajaya.

Saifuddin yang ditemui Bernama di sini hari ini selepas meninjau persiapan Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang akan berlangsung esok sempena setahun Muhyiddin menerajui kepimpinan negara berkata, sokongan dua ahli parlimen itu adalah tepat pada masanya dan sangat dialukan.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  53  =  56