SMK Iskandar Shah menang pertandingan ‘DIY Made Simple’

 SMK Iskandar Shah menang pertandingan ‘DIY Made Simple’

Gold Winner, SMK Iskandar Shah, Melaka’s winning project – Mobile Recycle Bin

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2021 — Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Jasin, Melaka muncul sebagai juara pertandingan `DIY Made Simple 2021’ ke-5, anjuran peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Bhd (“MR D.I.Y”) bersama Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares). Juara pertandingan peringkat kebangsaan ini diumumkan ketika majlis penutupan yang diadakan di Universiti Malaya (UM) hari ini.

‘DIY Made Simple’ merupakan pertandingan tahunan yang disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini mengajak para pelajar sekolah menengah untuk mencari cara dan kaedah bagi membaik pulih kemudahan sekolah mereka dengan projek do-it-yourself (DIY) menggunakan bahan kitar semula. Sekolah yang bergelar juara telah mengalahkan 105 buah sekolah yang lain dari 13 negeri pada pertandingan tahun ini yang bertemakan “Green School – Reimagining Plastic Waste For the 21st Century Classroom”.

Pasukan yang terdiri daripada 10 orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah membawa pulang Hadiah Emas berupa wang tunai bernilai RM4,500 untuk projek ‘Mobile Recycle Bin’ mereka. Kolej Profesional Dungun, Terengganu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra, Melaka seri di tempat kedua dan memenangi Hadiah Perak berupa wang tunai bernilai RM3,000 untuk setiap kumpulan. Selain hadiah wang tunai, piala dan sijil, 5 finalis yang menyertai Peringkat 3 ini turut memenangi baucar MR.D.I.Y. sebanyak RM500, manakala ketiga-tiga pemenang turut memenangi baucar MR.D.I.Y. sebanyak RM1,500.

Gold Winner, SMK Iskandar Shah, Melaka’s winning project – Mobile Recycle Bin

Bercakap ketika upacara pemberian hadiah yang diadakan di UM hari ini, Pengerusi MR D.I.Y. Group, Dato’ Azlam Shah Alias berkata, “Kami gembira dengan pencapaian dan kerjasama kami bersama UM yang berjaya sepanjang lima tahun ini, dan ini merupakan pengalaman yang amat mengagumkan. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada pertandingan ini dan pencapaiannya menyemai kesedaran amalan hijau termasuk budaya kerja do-it-yourself (DIY) dalam kalangan generasi muda, selaras dengan matlamat kelestarian MR D.I.Y., di bawah teras alam sekitar. Terima kasih kami ucapkan kepada UM kerana menganjurkan pertandingan ini dan KPM atas sokongan yang diberikan. Secara keseluruhannya, semua ini adalah untuk mendidik generasi muda kita bagi mencipta persekitaran yang kondusif untuk Malaysia yang lebih baik, dan kami berharap untuk terus melakukannya pada masa akan datang.”

Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Malaya berkata, “Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan banyak halangan untuk aktiviti perkembangan para pelajar, terutamanya ketika perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di seluruh negara. Sejak tahun lepas, kami telah mengubah suai Pertandingan ‘DIY Made Simple’ dan walaupun ketika pandemik, kami gembira kerana pertandingan ini masih mendapat sambutan daripada sekolah di seluruh Malaysia. Kami kagum dengan para pelajar yang telah menunjukkan keberanian dan keazaman mereka untuk cemerlang dalam apa jua keadaan. Tahniah kepada jawatankuasa penganjur, kerana telah mengubahsuai pertandingan ini dengan cermat dan baik sekali bagi meneruskan misi kami untuk menggalakkan aktiviti kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar.”

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

21  −    =  18