Skuad Sabil Besut sedia khidmat sanitasi percuma

 Skuad Sabil Besut sedia khidmat sanitasi percuma

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 24 Feb: Skuad Sabil Besut bukan petugas barisan hadapan tetapi sekumpulan sukarelawan yang menjalankan kerja-kerja sanitasi di premis jabatan kerajaan dan tempat awam bagi membantu pihak berkuasa menghadapi pandemik COVID-19.

Mohd Rozaini Rasli

Ketuanya, Mohd Rozaini Rasli berkata, biarpun tidak dikenali sebagai petugas di barisan hadapan, namun khidmat bakti sukarela untuk sama-sama mengekang penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat tetap menjadi tugas utama sama seperti petugas lain.

Katanya, pihaknya sedia menggalas tanggungjawab menjalankan kerja-kerja secara sukarela dalam membantu pihak berkuasa dengan melakukan kerja sanitasi di premis yang berisiko rendah.

Skuad yang dianggotai 10 pemuda itu menjalankan khidmat secara sukarela tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Menurutnya, ketika ini Skuad Sabil memberi tumpuan kepada premis milik kerajaan seperti tempat ibadah termasuk masjid, surau, taman awam dan bangunan kerajaan.

Mengenai aktiviti yang dijalankan skuad itu, Rozaini berkata, mereka mendapat bantuan kewangan dan kenderaan daripada pejabat Ahli Parlimen Besut dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih selain sumbangan pihak swasta serta badan bukan keraajaan (NGO) setempat.

Katanya, anggota skuad itu mendapat latihan khas daripada pihak profesional untuk melakukan kerja-kerja sanitasi dan sejak ditubuhkan pada akhir Januari lalu sehingga ini, lebih 100 premis sudah disanitasi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  4  =