Skuad Oranje sasar menang semua perlawanan kumpulan

 Skuad Oranje sasar menang semua perlawanan kumpulan

Foto kredit SPORTSADDA

AMSTERDAM, 21 Jun – Belanda sasar untuk memenangi ketiga-tiga perlawanan kumpulan mereka untuk kali ketiganya dalam sejarah Kejuaraan Eropah ketika mereka menentang Macedonia Utara pada awal pagi esok.

Skuad Oranje yang dibimbing Frank de Boer itu memulakan langkah kanan pada perlawanan pertama mereka dengan kemenangan 3-2 menentang Ukraine manakala kemenangan 2-0 mereka pada perlawanan kedua menentang Austria telah mengangkat mereka ke pusingan kalah mati.

Belanda memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan pada Euro 2000, namun tewas kepada Itali pada persaingan separuh akhir, dan sekali lagi lapan tahun kemudian, mereka tumpas pada Rusia di peringkat suku akhir.

De Boer semalam memberitahu media bahawa dia merangcang untuk melakukan dua perubahan pada kesebelasan utamanya, walaupun tidak mendedahkan nama.

Selain itu, beliau turut mengesahkan rancangannya untuk memulakan tiga pertahanan belakang, formasi yang membawa kejayaan kepada skuadnya sehingga kini.

“Ada cukup ruang antara perlawanan ini dengan yang berikutnya, jadi kami dapat bermain dengan kekuatan penuh menjelang fasa kalah mati.

“Kami mengalami beberapa saat yang sangat baik ketika menentang Ukraine dan Austria, namun masih ada beberapa perkara perlu kami perbaiki. Itulah yang harus kami kerjakan,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  6