Skuad Oranje belasah Macedonia Utara, mara ke pusingan kalah mati

 Skuad Oranje belasah Macedonia Utara, mara ke pusingan kalah mati

AMSTERDAM, 22 Jun. – Belanda mula menunjukkan taring sebenar mereka dan mara ke pusingan kalah mati Euro 2020 apabila menewaskan Macedonia Utara 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan C.

Penyerang Belanda, Memphis Depay membuka akaun jaringannya di kejuaran itu selepas menerima hantaran lorongan daripada pemain muda Donyell Malen pada minit ke-24.

Pada separuh masa kedua, ketua pasukan Belanda, Gini Wilnajdum menambah kesengsaraan Macedonia Utara apabila menjaringkan dua gol di bawah 10 minit iaitu pada minit ke-51 dan 58.

Walaupun banyak peluang telah terhidang kepada Macedonia Utara, Belanda bijak menggunakan perangkap offside hingga menyebabkan Macedonia kerugian dua gol manakala rembatan dari Goran Pandev terkena palang.

Setelah layak sebagai tier bawahan Liga Bangsa-Bangsa, usaha yang ditunjukkan Macedonia Utara harus diberikan pujian walaupun tewas dalam semua perlawanan kumpulan.

Pada pusingan kalah mati, Belanda berkemungkinan akan berjumpa dengan England atau Republik Czech yang kini berkongsi empat mata di tangga teratas Kumpulan D.

England akan bertemu Republik Czech awal pagi esok di Stadium Wembley, London, bagi menentukan juara kumpulan D.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  −    =  83