Skuad B-22 diuji tiga pasukan Liga-M

 Skuad B-22 diuji tiga pasukan Liga-M

Skuad Maloney akan menentang tiga pasukan Liga-M. Foto Ihsan FAM

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Skuad bola sepak kebangsaan bawah 22 tahun (B-22) akan menguji kekuatan dalam tiga perlawanan latihan menentang pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bermula 12 hingga 18 Oktober ini.

Skuad kendalian Brad Maloney itu dijadual berdepan juara Liga Premier Negeri Sembilan FC pada 12 Okt diikuti dua perlawanan bersama pasukan Liga Super, Penang FC (15 Okt) sebelum menamatkan aksi persahabatan dengan naib juara, Kedah Darul Aman FC (18 Okt).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan ketiga-tiga aksi itu adalah sebahagian daripada persiapan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) 2022 yang akan berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia pada 21 hingga 31 Okt ini.

Bagi saingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022, Malaysia diundi dalam Kumpulan J akan bertemu Laos pada 25 Okt diikuti aksi menentang pasukan tuan rumah Mongolia (28 Okt) dan menamatkan aksi berdepan Thailand (31 Okt). – BERNAMA

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20  −    =  11