• Friday, 18 June 2021, 1:35 am

SKJP bela nasib kucing jalanan

 SKJP bela nasib kucing jalanan

Pihak SKJP menyediakan perbelanjaan lebih RM5,000 sebulan sumbangan penderma untuk merawat termasuk menyediakan makanan kepada kucing jalanan di daerah ini.

Oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 17 Mei – Beliau pernah merawat seekor kucing jantan yang mungkin dilanggar kenderaan, pinggangnya patah menyebabkan haiwan berkenaan tidak mampu berjalan sebaliknya hanya mampu mengesut untuk bergerak.

“Sedih melihat penderitaan kucing berkenaan dan mengambil keputusan merawatnya di pusat jagaan kami,” kata Roziah Talib, 50, Ahli jawatankuasa Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP) yang terbabit menolong kucing jalanan yang cedera dilanggar kenderaan selain merawat haiwan itu yang mengidap pelbagai penyakit.

Aktiviti lain turut dilakukan kelab yang mempunyai 120 ahli itu memberi makan kepada kucing dan anjing jalanan. Mereka juga mengagihkan bekalan makanan kepada pihak untuk diberikan kepada haiwan manja terbabit sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Roziah sebelum ini juga pernah menyelamatkan seekor kucing yang patah rahang dan buta disebabkan kemalangan. Kucing itu kini ditempatkan di rumahnya bagi memastikan kebajikannya sentiasa terjaga.

Ketika ada terdapat lebih 30 kucing jalanan yang mengalami masalah kesihatan dan terbiar ditempatkan dipusat jagaan sementara kelab SKJP bagi mendapatkan rawatan. Yang mengalami kecederaan serius, akan dihantar ke klinik haiwan.

Pengerusi kelab SKJP Jurina Abdul Rani, 49 berkata pihaknya menyediakan perbelanjaan lebih RM5,000 sebulan sumbangan penderma untuk merawat termasuk menyediakan makanan kepada kucing jalanan di daerah ini.

Katanya, sepanjang cuti persekolahan kali ini pihaknya mengagihkan makanan kucing kepada pengawal keselamatan di 12 sekolah di daerah untuk diberikan kepada kucing jalanan di sekolah terbabit. Setiap minggu, satu hingga dua kilogram makanan jenis pallet jenama terkenal diberikan berikutan kantin sekolah tidak beroperasi.

Ahli SKJP turut menjaga antara 10 hingga 30 ekor kucing jalanan dirumah masing-masing sebelum diberikan kepada mereka yang berminat membelanya.

“Kelab bergantung sepenuhnya sumbangan penderma untuk menjalankan apa juga aktiviti, selain itu ahli juga turut menyediakan tabung terutama untuk membeli makanan dan rawatan pada kucing.

“Kos rawatan kucing di klinik haiwan agak tinggi bergantung pada kecederaan. Pernah berlaku bayaran RM1,200 dikenakan untuk rawatan seekor kucing,” katanya yang turut memiliki kedai kucing di Indera Mahkota, di sini.

Katanya, beberapa cawangan kelab SKJP turut berada di beberapa daerah seperti Pekan, Maran, Rompin, Maran dan Bentong.

Jurina berkata, semua ahli kelab terdiri daripada peminat kucing yang simpati dengan nasib haiwan manja berkenaan yang terbiar dan mengalami kecederaan.

Katanya, di kalangan ahli turut menjaga antara 10 hingga 30 ekor kucing jalanan dirumah masing-masing, sebelum diberikan kepada mereka yang berminat membelanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *