Skandal cium pegawai: Menteri Kesihatan UK letak jawatan

 Skandal cium pegawai: Menteri Kesihatan UK letak jawatan

Matt Hancock

LONDON, 27 Jun – Menteri Kesihatan Britain Matt Hancock meletakkan jawatan semalam setelah perbuatan sumbangnya bersama seorang pembantu beliau didedahkan oleh media beberapa hari lalu. Beliau yang telah berkahwin diserang teruk di media sosial oleh setelah gambar dan video hubungan intimnya bersama pegawai pejabatnya Gina Colangelo disiarkan oleh akhbar The Sun, dan juga diselar kerana melanggar peraturan penjarakan sosial COVID-19.

Menurut agensi Reuters, Hancock menyerahkan surat meletakkan jawatannya bepada Perdana Menteri Boris Johnson Sabtu lalu, dan menyatakan bahawa beliau telah “mengecewakan rakyat”.

“Golongan yang membuat undang-undang dan peraturan seperti kami perlu juga mematuhi peraturan, dan sebab itulah saya perlu meletak jawatan,” kata Hancock, 42, di dalam ciapan video Twitter beliau.

Hancock merupakan pemimpin utama dalam usaha kerajaan melawan COVID-19 di UK, dan sering berada di kaca televisyen menyeru rakyat Britain supaya mematuhi peraturan dan SOP, selain mempertahankan usaha kerajaan Johnson melawan pandemik tersebut.

Jawatan Hancock kini disandang Sajid Javid, bekas Menteri Kewangan yang mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan, tetapi amat baru dalam sektor kesihatan.

Insiden ini dilihat sebagai sesuatu yang memalukan Johnson, kerana Jumaat lalu beliau beliau berkata yang beliau ‘menutup isu itu’ setelah menerima permohonan maaf daripada Hancock.

 

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  28  =  35