Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Siti Nordiana dan Bunga bagi “Amaran”?

PETALING JAYA: Siti Nordiana adalah seorang penyanyi Malaysia yang tidak asing lagi di mana namanya kembali meningkat naik semenjak menjuarai rancangan realiti TV iaitu Gegar Vaganza pada tahun 2015.
Rezeki Siti Nordiana semakin luas semenjak itu kerana beliau telah memenangi banyak anugerah dan yang terbaharu beliau baru sahaja merangkul anugerah bagi kategori Penyanyi Wanita Popular Xiaomi di Anugerah Bintang Popular yang ke 34.

Kini, Siti Nordiana hadir dengan single terbaru bertajuk āAMARANā bersama Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini. Bunga memulakan kerjayanya sebagai penyanyi rap wanita dengan pelancaran single debutnya berjudul āBungaā.

Pada Ogos 2020 penyanyi rap ini kemudiannya menceburkan diri dalam bidang lakonan sebagai teraju utama sebuah telefilem berjudul āAku, Bungaā dan sekali gus melancarkan single berjudul āApedehalā yang juga merangkap runut bunyi telefilem tersebut yang diarahkan oleh pengarah tersohor, Kabir Bhatia.
Lagu āAMARANā merupakan hasil ciptaan bersama Bunga, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat. Susunan muzik bagi lagu ini menggunakan elemen muzik EDM Nusantara dan Trap oleh Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.

Lirik yang ditulis oleh mereka bertiga ini pula mengisahkan tentang nasihat orang yang lebih awal āmengenali cintaā kepada orang yang baru merasai dan mengenali cinta. Ibarat nasihat daripada seorang kakak atau seorang ibu kepada adik atau anaknya.
Bercakap tentang penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nordiana yang terlibat dalam lagu ini, Bunga berkata, “Saya sangat teruja dan merasa bertuah kerana dipilih untuk berkolaborasi dengan kak Siti Nordiana dalam lagu āAMARANā ini. Saya berharap kehadiran saya dapat menambah lagi kemerduan lagu ini.āujar Bunga.
Bagi Siti Nordiana pula, beliau berkata dia tidak sabar untuk melihat respon pendengar terhadap lagu ini. Malah lagu ini juga salah satu melambangkan imej wanita yang perlu dijaga.
Saya tidak sabar untuk melihat respon orang ramai dan juga peminat saya bagi lagu āAMARANā ini kerana ini kali pertama saya berganding bahu dengan seorang rapper perempuan yang muda iaitu Bunga.
āBagi saya lagu ini adalah satu karya yang unik dari segi melodinya. Saya berharap lagu āAmaranā ini dapat memenuhi citarasa mereka dan sekiranya lagu ini diterima baik dan menjadi siulan ramai, maknanya pendengar memang mahukan lagu yang sebegini.ā Kata Nana.