Sistem PRU lapuk- Exco Armada

 Sistem PRU lapuk- Exco Armada

KUALA LUMPUR, 24 Jan 2022 : Exco Armada Nasional, Afiq Nazmi berpandangan amalan sistem Pilihan Raya yang sedia ada iaitu sistem First Past The Post (FPTP), ketika ini sudah lapuk.

Menerusi sistem ini yang diamalkan sejak 65 tahun, setiap pengundi hanya boleh pangkah satu calon, mengikut sistem sama seperti yang diamalkan di New Zealand di mana mereka.

Di New Zealand, sistem ini sudah wujud sejak 1853 bagaimanapun selepas mendapat tentangan hebat majoriti rakyatnya, sistem itu ditukar kepada Mixed Member Proportion (MMP).

Pada 1996, pilihan raya New Zealand diadakan melalui sistem MMP.

Selesai pilihan raya, hasilnya ialah wakil-wakil di parlimen menjadi jauh lebih seimbang berbanding FPTP.

Setiap parti mendapat tempat dalam parlimen sesuai dengan undi popular masing-masing.

MMP ialah setiap pengundi membuat dua undi, dan sebenarnya ia bukan sistem yang bagus, tapi apa yang berlaku di New Zealand, sehingga sistem FPTP diubah adalah kerana rakyat mahukan sistem yang memberi mereka lebih banyak pilihan.

Menyentuh fakta itu, Afiq berkata, menerusi sistem ini pemilih boleh memilih parti mana nombor satu diundi, parti mana nombor dua diundi.

“Kemenangan akan diberi kepada parti yang paling banyak undian nombor satu.

“Jadi tidak timbul isu seperti parti ini salahkan parti sana dan sebagainya jika mereka kalah kerana jelas rakyat yang menentukan kedudukan mereka,” katanya kepada Wacana.my

Tambahnya, apa yang mahu katakan di sini adalah sistem Malaysia sangat kotor.

“Sebagai contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini hanya 62 peratus keluar mengundi dan daripada jumlah itu BN hanya perolehi 38 peratus kemenangan.

“Sepatutnya sistem PRN yang betul mana-mana negara patutnya kemenangan dikira menerusi majoriti 51 peratus yang mengundi, jadi BN pada hakikatnya belum dikira menang,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemenangan BN berpunca dari peratusan keluar undi yang berkurang kerana pengundi muda jemu dengan perebutan kuasa politik.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13  +    =  14