Sistem gred air mentah dicadang untuk tingkat pendapatan kerajaan negeri

 Sistem gred air mentah dicadang untuk tingkat pendapatan kerajaan negeri

PUTRAJAYA, 11 Mac — Sistem penggredan air mentah akan diperkenalkan bagi membolehkan kerajaan negeri meningkatkan pendapatan mereka melalui penjualan air mentah mengikut gred kepada operator rawatan air, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menerusi mekanisme penetapan harga air mentah yang dicadangkan, air mentah akan dibahagikan kepada empat gred iaitu gred satu hingga gred empat, dengan gred satu dijual pada “harga mahal”┬ákerana kos rawatannya akan lebih murah berbanding gred┬álain, katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri ketika ini menjual air mentah kepada operator rawatan air pada harga yang sama tanpa mengambil kira gred atau kualiti air berkenaan.

ÔÇťKita cadangkan mekanisme ini supaya kerajaan negeri mendapat hasil yang banyak, lebih-lebih lagi jika sumber air dijaga dengan baik,” katanya dalam sidang media selepas sambutan┬áulang tahun┬ápertama┬áKASA, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata cadangan sistem penggredan itu bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri malah mahu memastikan kerajaan negeri menjaga kelestarian alam sekitar kerana air bersih adalah terhasil daripada pemeliharaan hutan.

Menurut Tuan Ibrahim, hasil lawatan beliau dan perbincangan dengan beberapa kerajaan negeri seperti Kedah, Pahang, Johor dan Kelantan mengenai sistem gred air mentah itu mendapat maklum balas positif.

Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang yang turut hadir dalam sidang media itu memberi jaminan tarif air tidak akan naik dengan pelaksanaan sistem penggredan sumber air mentah itu.

ÔÇťApabila kualiti air mentah lebih baik, syarikat operator air dapat mengurangkan kos operasi lain termasuk pengurangan penggunaan bahan kimia dan tenaga elektrik serta pengoperasian loji yang lebih kecil,ÔÇŁ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zaini berkata KASA akan menubuhkan Jabatan Air Negara yang merupakan gabungan tiga jabatan iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran, Bahagian Bekalan Air dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.

ÔÇťIni antara usaha┬áKASA untuk mengintegrasikan sektor air dan alam sekitar┬ánegara, yang kini dalam proses akhir,ÔÇŁ katanya.

Zaini berkata KASA akan menubuhkan Suruhanjaya Alam Sekitar pada hujung tahun ini bagi memacu usaha pelestarian alam sekitar melalui kawal selia perundangan dan autonomi dalam penjanaan pendapatan, selain memudahkan penyelarasan antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pihak swasta.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

60  −    =  58