Bersih segera sisa kayu di Telemong-KASA

 Bersih segera sisa kayu di Telemong-KASA

JERANTUT. 17 Jan 2022: Sisa kayu dan sampah di kawasan terkesan banjir lumpur dan kepala air, Telemong, Bentong baru-baru ini akan dibersihkan segera bagi memberi keselesaan kepada aktiviti penduduk dan pekebun yang terbabit.

Menteri di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan memohon kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Hutan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk segera membersih sampah dan sisa kayu di itu.

Beliau berkata, pada ketika ini tumpuan operasi pembersihan lebih diberi kepada kawasan kediaman serta kawasan kebun.

Menteri di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

“Kita akui banjir baru-baru ini telah meninggalkan sampah sarap di sekitar kawasan perumahan dan kampung serta menganggu saliran sungai yang dipenuhi sisa-sisa kayu yang menghalang aliran air.

“Kita beri keutamaan kepada penduduk yang terkesan dengan musibah banjir seperti pembersihan rumah mangsa dan sebagainya,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan penduduk berkaitan sisa-sisa kayu masih belum dibersihkan selepas lebih tiga minggu kejadian itu berlaku.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja dan merasmikan Projek Wakaf Air di sini, di Felda Sungai Retang, semalam.

Turut hadir sama, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Tahan Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin.

Katanya, selain membersihkan rumah penduduk dan cuba berusaha menyelesaikan dahulu masalah air yang masih bergenang (bertahan) di beberapa kawasan tertentu.

“Kita akan menghantar pam-pam untuk mengalirkan keluar air terutamanya membabitkan kawasan perumahan dan ladang penduduk yang masih digenangi air kerana jika air tidak dipam keluar keadaan penduduk masih tidak selesa dan pekebun tidak dapat mengusahakan ladang mereka.

“Esok saya akan turun meninjau keadaan di Maran kerana ada tempat masih digenangi air dan pihak JPS telah menghantar pam ke kawasan tersebut untuk membantu masalah penduduk,” katanya.

Katanya setelah semua masalah berkaitan penduduk dan penempatan dan kawasan kebun selesai, barulah tumpuan diberi kepada masalah sampah dan sisa kayu di kawasan Telemong dengan dengan segera.

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  39  =  41