Siri animasi Mechamato disiarkan di sekitar Asia Pasifik

 Siri animasi Mechamato disiarkan di sekitar Asia Pasifik

PETALING JAYA: Mechamato Siri kartun baharu hebat penuh dengan aksi dan komedi – bersedia untuk beraksi di skrin televisyen Malaysia dan sekitar Asia pada Sabtu, 4 Disember, hanya di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD).

Bintang utama siri ini merupakan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amato yang bertukar menjadi ‘master’ atau pengawal robot pemusnah Mechabot yang berkemampuan memekanikkan objek-objek. Bersama, mereka mengesan robot-robot lain yang berjaya melarikan diri dari penjara kapal angkasa yang terhempas di planet Bumi.

Selain aksi dan semua komedi, Mechamato merupakan satu cerita tentang persahabatan, imaginasi dan inovasi,” kata Ketua Asia Pasifik Cartoon Network, Leslie Lee. “Golongan kanak-kanak akan menyukai siri ini!”

Siri ini merupakan idea asal Monsta yang berpangkalan di Cyberjaya, Malaysia. Ketua Pegawai Kandungan Monsta dan pencipta _Mechamato_, Anas Abdul Aziz, menambah: “Mechamato mengisahkan tentang persahabatan Amato, remaja yang mempunyai banyak idea kreatif, dan MechaBot, robot yang mempunyai kuasa untuk menukarkan semua idea tersebut menjadi mekanisasi yang canggih.

Siri animasi ini penuh dengan aksi dan lawak jenaka, berserta dengan barisan karakter dan robot yang menarik. Kami berharap Mechamato dapat merangsang daya kreativiti dan inovasi di kalangan kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka.”

Watak Karekter Mechamato

Mechamato _boleh ditonton secara eksklusif di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD). Episod pertama dan kedua akan mula bersiaran pukul 3 petang pada hari Sabtu dan Ahad, 4 dan 5 Disember masing-masing, dan setiap episod baharu selepas ini akan bersiaran setiap Jumaat pukul 1.30 petang.

Nantikan lebih banyak aksi _Mechamato di skrin televisyen dan pertandingan ‘fan-art’ pada 2022._

Tentang Mechamato

Mechamato mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki baik hati dan kreatif bernama Amato, yang menjumpai penjara di angkasa lepas mengandungi robot-robot yang akhirnya mendarat di Bumi.

Salah satu robot bernama MechaBot yang memiliki kemampuan atau kuasa untuk menukar objek-objek harian kepada peranti-peranti berteknologi tinggi.

Amato berjaya mengendalikan atau mengawal MechaBot dan sekaligus menjadi pengawal MechaBot. MechaBot dan Amato bekerjasama untuk mengesan dan membawa pulang robot-robot yang melepaskan diri dari penjara angkasa lepas.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

90  −  88  =