Sindiket Pemerdagangan Manusia : Jangan nanti bisul menjadi barah — PPIM

 Sindiket Pemerdagangan Manusia : Jangan nanti bisul menjadi barah — PPIM

Sindiket pemerdagangan manusia yang menjadikan warga asing sebagai buruh dengan kos yang murah semakin berleluasa di negara kita.

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Sindiket pemerdagangan manusia yang menjadikan warga asing sebagai buruh dengan kos yang murah semakin berleluasa di negara kita.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sindiket ini wujud kerana banyak pihak terutamanya majikan yang lebih mengutamakan keutungan dari kebajikan pekerja.

“Di pihak kerajaan pula, mereka menjaga kepentingan majikan yang membawa masuk pekerja asing ke negara kita,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Menurut beliau, sindiket-sindiket ini berselindung di sebalik syarikat – syarikat tempatan di mana pengarah atau pemegang syer adalah rakyat tempatan.

“Sindiket-sindiket ini telah mengaut keuntungan berbillion dan menyebabkan negara kita rugi dari segi kutipan hasil cukai.

“Selain dari kerugian dalam pengutipan cukai, negara kita rugi dari segi pengaliran keluar wang tunai dari negara kita tanpa pengetahuan kerajaan,” ujarnya.

Tambah Nadzim lagi, syarikat swasta yang terlibat dengan sindiket ini seolah-olah membantu kerajaan dalam pengambilan pekerja asing ke dalam negara tetapi mereka mengutip hasil jutaan ringgit di negara sumber pekerja asing untuk membawa masuk pekerja asing ke Negara kita.

Menurut Nadzim Modus Operandi syarikat swasta ini adalah berurusan dengan syarikat atau sindiket dari negara sumber untuk mengutip bayaran antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk seorang pekerja untuk layak berkerja di Malaysia.

Pekerja pekerja ini dijanjikan dengan bayaran gaji yang lumayan tetapi akhirnya menjadi mangsa kepada sindiket-sindiket pemerdagangan orang disini.

Lebih menyedihkan majoriti pekerja-pekerja yang datang berkerja di Malaysia adalah dari golongan rakyat miskin.

“Pekerja-pekerja ini terdiri dari golongan petani dan buruh biasa di negara mereka.

“Mereka dipaksa membayar dengan nilai yang begitu tinggi semata-mata untuk datang berkerja di sini dan mereka sanggup jual tanah, rumah dan ternakan mereka untuk membayar kos kepada sindiket-sindiket ini untuk datang ke sini,” jelasnya.

Tambah Nadzim PPIM ada maklumat ada warga asing yang sanggup berhutang semata-mata untuk membayar kos permit kerja.

Harapan mereka untuk berkerja di Malaysia dan menjaga keluarga mereka hancur kerana gaji yang diperolehi hanya boleh mampu membayar hutang mereka di negara mereka.

.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

30  −    =  23