Simbah cat merah, tinggalkan nota ugutan

 Simbah cat merah, tinggalkan nota ugutan

Oleh Nurman Nasyriq

ISKANDAR PUTERI, 3 Mac : Seorang suri rumah terkejut apabila kereta dan perkarangan rumah keluarganya disimbah cat merah oleh sekumpulan tiga lelaki, semalam.

Beliau turut menjumpai sehelai nota ugutan tulisan tangan “Phari mala devi today paint tomorrow fire!”

Sebelum kejadian, mangsa, 42, mendakwa ternampak seorang daripada tiga lelaki menyimbah cat merah dari pagar rumahnya di Taman Nusa Indah, di sini pada pukul 10.05 malam.

Proton Saga yang berjaya dirampas oleh pihak polis

Sejurus kejadian, mangsa segera memberitahu pengawal keselamatan di pintu masuk taman perumahan itu sebelum kereta dinaiki tiga suspek berkenaan dihalang daripada melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pengawal keselamatan itu segera menghubungi pihak polis sebelum pihaknya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki tersebut.

Dua daripada daripada suspek berusia 17 dan 18 tahun bekerja sebagai tukang masak dan tukang gunting rambut, manakala seorang lagi penganggur. Semakan mendapati, masing-masing suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing mereka semuanya negatif dadah, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pihak polis turut merampas sebuah kereta Proton Saga dan dua paket plastik berisi cecair cat merah daripada suspek.  Semua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  7  =