Sidang Parlimen diadakan selepas tamat darurat – Takiyuddin

 Sidang Parlimen diadakan selepas tamat darurat – Takiyuddin

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Oleh Zuan Azmi

PUTRAJAYA, 26 April — Kerajaan hari ini memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil apabila tiba masanya yang sesuai sama ada sebelum atau selepas tamat pada 1 Ogos 2021 nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan mengambil maklum gesaan beberapa pihak termasuk parti-parti politik supaya diadakan persidangan walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19 yang belum reda sepenuhnya.

“Langkah pengawalan dan pencegahan wabak merbahaya ini masih berterusan dengan seluruh jentera kerajaan memberi fokus terhadap tindakan imunisasi, rawatan, pengasingan dan juga pelan vaksinasi yang berterusan.

“Kerajaan menyedari tanggungjawab keperlembagaan untuk memastikan penerusan proses demokrasi negara ini terjamin melalui sidang Parlimen.

“Namun keutamaan termasuklah melindungi aspek kesihatan ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen,” katanya.

Menurut Takiyuddin lagi, pembangkang masih boleh menyalurkan sebarang pandangan kepada kerajaan melalui saluran-saluran yang dibenarkan termasuk melalui Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat.

 

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1