Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Siasatan kartel daging – Tiga pegawai MAQIS direman

Oleh Suraya Ali
JOHOR BAHRU, 19 Jan — Tiga Penolong Pegawai Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor Bahru direman 5 hari bermula hari ini berhubung siasatan terhadap isu kartel daging.
Ia susulan permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majisteret Johor Bahru, Nur Fathiah Mohd Fedzir di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Menurut laporan Astro Awani, tiga pegawai Maqis yang berusia 40 hingga 55 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor jam 7 malam pada Isnin dan dilaporkan tiba di perkarangan mahkamah dengan berbaju lokap berwarna jingga pada jam 8.20 pagi dengan diiringi pegawai SPRM. Mereka disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging sejuk beku tidak dibenarkan Jabatan Veterinar Malaysia.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.