Siapa yang untung di sebalik isu Azam

 Siapa yang untung di sebalik isu Azam

Beberapa hari sebelum pendedahan skandal pemilikan saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sebenarnya negara baru dikejutkan dengan tiga isu penting berkaitan vaksin didedahkan media.

Pertama, isu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang ditularkan hanya memiliki satu sahaja dos vaksin dalam rekod MySejahtera, isu kedua ialah dua kematian banduan penjara Kajang selepas menerima suntikan vaksin dan isu ketiga ialah 14 jemaah umrah tidak divaksin semasa pintu masuk negara dan kembali.

Tiga perkara ini mengundang persoalan adakah sistem vaksinasi itu berkesan tidak dimanipulasi dan satu lagi isu adakah vaksin itu sendiri berkesan?

Pada 10 Januari 2022, polis Terengganu mengadakan sidang media berhubung kegiatan penjualan sijil digital vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu, apabila merampas hampir 100 kad peringatan imunisasi (janji temu) serta menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di Marang.


Serbuan dilakukan hasil maklumat diterima dari jemaah Umrah mengenai kegiatan penipuan disyaki membabitkan pengeluaran sijil vaksin kepada golongan yang tidak mahu disuntik vaksin atau antivaksin.

Suspek disyaki melakukan urusan penjualan itu secara dalam talian sejak September lalu, dengan setiap sijil dikata dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.

Doktor itu dikatakan berani menghebahkan kegiatannya sehingga mendapat pelanggan dari luar Terengganu kerana secara hipotesisnya ada ramai yang lain melakukan perkara sama.

Isunya kenapa orang sanggup berjalan sejauh itu untuk mendapatkan sijil vaksin yang tulen tanpa perlu suntik?

Keperluan asas manusia untuk bergerak, bersuara, makan dan apabila disekat memaksa rakyat menjadi kreatif untuk ‘survive’, salah satunya adalah mendapatkan sijil digital yang tulen tanpa perlu vaksin.

Hipotesisnya selagi sekatan ini wujud, selagi itu kegiatan sindiket akan terus berlaku.

Bagaimanapun ke manakah hilangnya buli-buli vaksin yang tidak disuntik? Adakah ia dibuang atau ia dijual kepada warga asing?

Siapakah yang melakukan audit botol yang dipulangkan untuk menentusahkan ianya telah digunakan?

Bagaimanakah doktor bertauliah mempunyai keberanian dan rangkaian untuk memperolehi pelanggan sebanyak itu?

Siapakah yang cuba sabotaj pelan vaksinasi negara? Adakah orang luar negara asing atau orang dalaman sendiri?

Adakah kes ini boleh didakwa dan lekat pertuduhan?

Pengalaman penulis ketika membongkar isu sindiket warganegara ekspres pada tahun 2014, MyKad yang diperolehi oleh warga asing adalah tulen, hanya maklumat pada MyKad sahaja yang tidak sah.

Loophole ini menyebabkan pemilik MyKad berkenaan tidak dapat didakwa kerana saksi yang menentusahkan ketulenan MyKad iaitu Jabatan Pendaftaran Negara mengakui kad itu tulen, cuma cara pemerolehan tidak melalui saluran yang sah.

Warga asing itu pula memberi kenyataan bahawa mereka tidak tahu yang mereka telah berurusan dengan sindiket dan menyangka itulah prosidur yang betul.

Berbalik kepada kes jemaah Umrah, sijil pengesahan vaksin adalah sah. Penama dalam sijil vaksin boleh mendakwa mereka menyangka dengan bayaran tertentu segala sijil vaksin dan vaksinasi diuruskan oleh ejen dan doktor terbabit.

Siapa yang harus ditangkap? Adakah pihak pengeluar aplikasi MySejahtera yang gagal memberi jaminan keselamatan kepada kerajaan Malaysia sebelum ianya dilakukan?

Siapakah lagi yang harus ditangkap? Adakah ikan bilis atau jerung? Kes ini lebih sedap lagi daripada isu Azam Baki kerana umat Islam Malaysia menipu saudara se Islam iaitu kerajaan Arab Saudi dan semua jemaah yang ditemui di negara sana?

Adakah para jemaah itu telah didoktrinkan bahawa Allah permudahkan urusan kamu yang menyebabkan mereka beranggapan mereka lolos keluar masuk tanpa vaksin?

Berbalik keada isu Azam, Suruhanjaya Sekuriti mengesahkan mereka telah menyelesaikan siasatannya terhada isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dan tidak dapat ‘secara muktamad’ memutuskan berlaku perlanggaran undang-undang.

Susulan keputusan itu, pakar ekonomi Dr Edmund Terence Gomez tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan minta kerajaan tubuhkan jawatankuasa bebas kaji semula isu itu.

Bagaimanapun Gomez dilihat hanya menyalak sahaja tanpa membawa atau mendedahkan bukti yang dia ada bagi membuktikan Azam telah melakukan kesalahan.

Jadi jenayah apakah yang kita sedang biarkan ini?

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  2