Siapa yang berkahwin mahukan perpisahan? – Fizi Ali

 Siapa yang berkahwin mahukan perpisahan? – Fizi Ali


PETALING JAYA : “Kalau ikutkan, siapa yang berkahwin mahukan perpisahan. Tiada seorang manusia pun di dunia ini yang menginginkan perpisahan. Sejujurnya, aku masih lagi sayangkan bekas isteri aku. 

“Apabila perpisahan berlaku, kita pasti akan merasa kehilangan. Bagi aku, dialah segalanya untuk aku. 

“Kami berkenalan hampir lapan tahun termasuk berkahwin. Macam-macam dia dia dah ubah aku. Dia dah buat macam-macam untuk aku,,” katanya.

Begitulah luahan penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali apabila diminta berkongsi mengenai kisah penceraiannya bersama bekas isteri, Shakilla Koriri yang berakhir pada 15 Disember lalu. 

Tambahnya, dia dan Syakilla terpaksa memberi alasan apabila anaknya, Ameena Sofia bertanya soalan di mana ibu atau di mana ayahnya.

“Sampai satu tahap, aku tak tahu nak beritahu anak aku macam mana. Apabila dia (Ameena) tanya mana umi, aku cakap, umi kerja. Bila dia tanya mana daddy, daddy kerja.

“Cuma satu, aku minta doa daripada orang ramai. Doakan aku, doakan bekas isteri aku agar kami kuat untuk tempuh benda ini, supaya kamu kuat untuk terus jaga anak kami,” katanya. 

Biarpun berita perpisahan itu menggemparkan banyak pihak, namun ramai yang memuji sikap Fizi dan syakilla yang mencapai kata sepakat untuk berpisah secara matang. 

Fizi menjelaskan biarpun sudah hidup berasingan, dia dan Shakilla bersepakat untuk membesarkan anak mereka, Ameena dengan penuh kasih sayang.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  5