SIAPA DI SEBALIK PENUNGGANG AGAMA?

 SIAPA DI SEBALIK PENUNGGANG AGAMA?

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah ibaratnya mereka yang dianiaya, ditindas oleh puak-puak bertopengkan agama ketika ini.

Pada mulanya mereka menggunakan topeng agama kerana hendak memperdayakan orang Islam di Tanah Melayu ini bagi tujuan politik, akhirnya merebak menjadi agama baru, menjadi doktrin baru yang masih terpakai dan dikuti hingga sekarang.

Jangan lupa dengan amanat Nik Aziz, amanat Haji Hadi, hidup berpuak-puak, haram makan sembelihan orang UMNO, haram dinikahkan orang UMNO, haram solat berimamkan UMNO, haram menyembah raja dan berbagai lagi.

Amanat Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981 telah dipadamkan dari portal Jakim dijelaskan kerana implikasi perundangan dan agama amat meluas.

Amanat ini sejak 40 tahun dahulu yang telah menjatuh hukuman mengkafirkan sesama Islam telah menyebabkan perpecahan dahsyat yang mendalam dalam kalangan masyarakat Islam Melayu khususnya di Terengganu dan pantai Timur.

Amanat Haji Hadi

Kesannya telah menyebabkan suami isteri berpisah, ada yang terpaksa diakad nikah semula , keluarga terputus sillaturahim, sembahyang dua imam berlaku dan masyarakat pulau memulau satu antara lain.

Satu lagi kesan yang serius adalah melibatkan kematian iaitu ketika berlaku rusuhan Memali, ada pihak tertentu telah mengistiharkan penyokong PAS yang terkorban mati syahid kerana dipengaruhi amanat tersebut.

Insiden Memali tahun 1985 adalah di antara pengaruh hasil doktrin Amanat Haji Hadi pada 1981 di Banggol Peradong.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia telah menetapkan mereka yang terkorban di Memali bukan mati syahid dan wajib dimandi dan dikapankan. Ini bermakna mereka terkorban itu dianggap penderhaka kerajaan atau bughah.

Pada orang biasa mereka itulah agama Islam tetapi sebenarnya tidak. Hanya nampaknya sahaja seperti islam tetapi bukan Islam.

Selalu nak menunjukkan kononnya merekalah yang lebih Islamnya, merekalah ulamanya.

Begitulah mereka membawa masuk doktrin ajaran sesat ke dalam ajaran Islam, menjadikan Islam sebagai agama keganasan. Agama pengganas, terorrist seperti JI (Jemaah Islamiah).

Dua pensyarah UTM, Dr Azahari Husin dan Nordin Mat Top yang berjaya ditumpaskan pihak berkuasa selepas terbabit dalam pengeboman Bali

Yang kini sudah diterima sebagai agama Islam dikebanyakan negara. Mereka menghalalkan hasutan dan fitnah.

Sebarkan fitnah terhadap sesiapa yg mereka anggap musuh mereka kemudian tangkap dan pe jarakan tanpa dibicarakan dengan alasan ajaran sesat, menyebarkan doktrin palsu dan sebagainya.

Begitulah juga nasib remaja yang dimandikan seperti jenazah oleh pihak masjid, Daniel Iskandar. Sudah jatuh ditimpa tangga. Sejak kecil sudah kehilangan kasih sayang, hidup terbiar dan melarat hingga dikatakan cuba mencuri tabung masjid.

Datuk yang membelanya tahu keadaannya tapi apa yang dilakukan datuknya? Apa yang dilakukan oleh jemaah yang kononnya nak mengajar agama kepada dia?

Kata orang jika tidak sanggup menjaga anak itu berikanlah kepada orang lain. Anak adalah amanah, bukan salahnya jadi begitu.

Ramai orang lain yang sanggup mengambilnya sebagai anak angkat dan masa depannya akan lebih tsrjamin

Apa yg lebih penting mereka boleh di didik dengan agama Islam yang betul. Bukan di didik oleh syaitan bertopengkan agama.

Niat tidak menghalalkan cara. Berapa ramai lagi mangsa atas alasan agama? Bertanya adalah satu kesalahan, tidak tahu juga kesalahan, tidak faham juga kesalahan.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

27  +    =  29