Siapa boleh tangkap pihak yang seksa Daniel?

 Siapa boleh tangkap pihak yang seksa Daniel?

SEGAMAT: Remaja lelaki, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, yang diseksa dengan teknik Water Boarding (kaedah penyeksaan air biasanya ala militan), sudah pun mendapat balasan akibat perbuatan cubaan mencuri tabung Masjid Al Islahiah, Rawang, di Selangor, 8 Januari 2022.

Beliau telah dipukul, diserkup muka dengan kain basah, dikurung, digunakan teknik Water Boarding ala militan, dikecam netizen sebagai penagih dadah, pencuri, seorang remaja bermasalah, selain dihukum penjara 10 hari dan denda RM4,000, oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Walaupun Daniel mengaku salah yang mungkin kerana takut tetapi fakta kes menunjukkan tabung masjid itu hanya disorok di bilik jenazah, tiada wang yang hilang dalam kejadian dan Daniel diheret dari rumah ke masjid untuk ‘menghukumnya’ sebelum beberapa jam kemudian baru diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, sebahagian netizen pula melihat Daniel daripada pandangan berbeza, melihat dia sebagai seorang insan yang tidak minta dilahirkan dalam keluarga miskin, ibu bapa bercerai, datuk pula tidak menerima seadanya sehingga tidak nampak kebaikan dilakukannya malah turut bersama netizen mengecamnya.

Sistem sokongan buat remaja belasan tahun ini amat rapuh, ditambah pula keghairahan netizen yang merasakan tindakan penyeksaan masjid itu adalah perbuatan mulia di sisi agama.

Ketika Imam masjid itu dikecam sehingga beliau meletakkan jawatannya, ada pula yang kasihan dan mendakwa ‘pencuri dibela, imam pula dikecam’.

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), dan melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co, PPMM mewakili Daniel bagi semakan semula keputusan Mahkamah Majistret Selayang sehingga Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudiannya memutuskan hukuman awal terhadap Daniel dengan menggantikannya dengan program khidmat masyarakat di masjid selama enam bulan selain menuntut pihak masjid membuat permohonan maaf.

Bagaimanapun, ia ditolak bulat-bulat oleh pihak masjid malah menyerahkan perkara itu kepada peguam yang akan mewakili mereka selain meminta remaja terbabit membuat permohonan maaf kepada mereka kembali atas alasan menceroboh.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna, Azlin Othman berkata, perbuatan menyeksa Daniel amat jelas tetapi siapakah pihak boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menzalimi itu?

Azlin Othman

“Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial (JKPK) Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini pernah menegaskan isu itu, berkata berdasarkan Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593), tangkapan oleh orang awam hanya boleh dilakukan atas kesalahan yang tidak boleh djamin dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada polis.

“Beliau turut menambah tindakan jemaah masjid yang dipaparkan dalam video itu berkemungkinan disiasat mengikut Seksyen 323 serta Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa pihak masjid sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap Daniel dengan bertindak melulu memandikannya ala teknik Water Boarding.

“Penahanan salah selama empat jam menyebabkannya dirinya mengalami kejutan, terseksa jiwa, penderitaan dan penghinaan akibat daripada penahanan itu.

“Jadi, jika penguatkuasa agama melakukan kesilapan atau salah laku siapakah yang berkuasa menangkapnya?,” katanya kepada Wacana.my

Tambah Azlin, tiadakah SOP yang membolehkan hukuman terhadap sebarang salah laku pegawai agama?

“Jadi, apakah video remaja Daniel Iskandar itu sekadar rakaman lakonan walaupun jelas memaparkan perbuatan jenayah.

“Sebaliknya, jika tindakan masjid itu benar dan tidak salah mengapa video yang tular itu kini dibuang?

Jika hakim lain tidak setuju dengan tindakan pihak dalam video, mereka boleh membetulkan dengan menyemak semula undang-undang sedia ada, seperti yang berlaku dalam Isu Daniel ini.

“Jika mengikut bidang kuasa sivil, seseorang yang melakukan perbuatan membabitkan sebarang bentuk jenayah, berkait dengan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atau bahagian integriti boleh diambil tindakan. Tapi bagaimana dengan pihak berkuasa agama?

Mengambil contoh mudah, sebelum ini tular di media sosial seorang orang miskin yang mengambil upah bertukang kayu telah diserbu dan ditangkap ketika sedang tidur kepenatan.

Tidak ada waran tangkap, tidak diberitahu apakah kesalahannya, dilokap di pejabat agama, dijamin dengan alasan disyaki mengajar ajaran sesat sedangkan beliau hanyalah bertukang kayu mencari sesuap nasi.

Malah kesnya masih belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Anaknya yang menjadi penjamin pun ketakutan kerana ugutan pegawai penguatkuasa agama.

Diharap Yang Arif Ketua Hakim Negara prihatin terhadap pegawai yang menggunakan topeng agama sewenang-wenangnya ini.

Kronologi kes video Daniel Iskandar, 19, mandi seperti jenazah, berdurasi 1 minit 25 saat

8 Jan 2022

  • Video dirakam memaparkan tindakan jemaah Masjid Al Islahiah, Kuang di Selangor, diserkup mukanya dengan kain basah, dikurung, digunakan penyeksaan ala militan Water Boarding, dimandikan Daniel seperti jenazah serta dia dilumurkan dengan kapur barus kerana cuba mencuri tabung masjid, jam 11.58 malam, sebelum tular.

10 Jan 2022

  • Video tular.

13 Jan 2022

  • Mahkamah Majistret Selayang, menetapkan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 terhadap Daniel atas dakwaan cuba mencuri tabung.
    https://wacana.my/remaja-yang-cuba-curi-tabung-masjid-dipenjara-dan-didenda/

14 Jan 2022
*Jam 1.13 petang

  • Analisis kewartawanan : Penyeksaan Waterboarding oleh masjid, cara Islam atau militan
    https://wacana.my/analisis-kewartawanan-penyeksaan-waterbording-oleh-masjid-cara-islam-atau-militan/
  • Beberapa jam kemudian,
    Imam berkait kontroversi meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.
    https://wacana.my/imam-mandikan-remaja-seperti-jenazah-dipercayai-letak-jawatan-mohon-henti-sebar-video-exco/
  • Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dilaporkan menyebut Mahkamah Tinggi boleh menyemak hukuman yang diputuskan Mahkamah Rendah yang secara berlebihan atau kurang sesuai daripada undang-undang sedia ada berdasarkan sumber atau laporan akhbar.
    https://wacana.my/hakim-mahkamah-tinggi-boleh-semak-semula-hukuman/

15 Jan 2022

  • Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) membantu Daniel melantik Tetuan Hariz Syakinah & Co bagi mewakili dirinya di Mahkamah Tinggi.
    https://wacana.my/wujud-ketidakadilan-buat-daniel-ppmm/

16 Jan 2022

  • Nasib remaja yang dimandikan seperti jenazah oleh pihak masjid, Daniel Iskandar. Sudah jatuh ditimpa tangga. Sejak kecil sudah kehilangan kasih sayang, hidup terbiar dan melarat hingga dikatakan cuba mencuri tabung masjid
    https://wacana.my/siapa-di-sebalik-penunggang-agama/

17 Jan 2022

  • Mahkamah Tinggi batal hukuman penjara Daniel Iskandar, ganti denda khidmat masyarakat bawah program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di masjid 120 jam selama enam bulan.
    https://wacana.my/mahkamah-batal-hukuman-penjara-daniel-iskandar-ganti-denda-khidmat-masyarakat/
  • Mahkamah sama menyarankan pihak masjid menyarankan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan pihak yang menularkan video remaja membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menjernihkan keadaan

18 Jan 2022

  • Pengurusan Masjid Al-Islahiah di Kuang tidak berhasrat membuat permohonan maaf dan menyerahkan perkara itu kepada peguam.
    https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/183608

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  13  =  15