Siapa audit vaksin masuk dalam badan?

 Siapa audit vaksin masuk dalam badan?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan sijil digital vaksinasi tulen tanpa pemiliknya disuntik, yang dilakukan oleh seorang doktor.

Dan penulis yakin beliau tidak berseorangan, secara hipotesisnya perbuatan beliau dilakukan dengan kerjasama pihak bertugas di bahagian pentadbiran aplikasi Integrasi Data dan Sistem Janji Temu MySejahtera dan pengurusan bencana pandemik.

MySejahtera adalah sistem pengantara bagi memudahkan proses pendaftaran penerima vaksin serta pemantauan bekalan vaksin daripada penerimaan sehingga selesai vaksinasi dos lengkap di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Kronologi kesan vaksin

Isunya, apa yang berlaku terhadap buli-buli vaksin berkenaan? Adakah ia dibuang atau dijual kepada warga asing?

Benarkah semua vaksin yang diumumkan telah dibeli dan dibayar, di bawa masuk?

Tambahan lagi pendedahan netizen mendakwa, pihak yang melakukan kerja-kerja memasukkan semakan nombor batch vaksin yang disiarkan di MySejahtera milik Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak wujud.

Pada 14 Januari 2022, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam sidang media mendedahkan pihaknya menerima lebih 300 aduan kesan sampingan termasuk kematian selepas suntikan vaksin dan dos penggalak dan sudah menghantar memorandum kepada barisan pemimpin tanah air bagi tindakan selanjutnya.

Gambar hiasan

Terdahulu sebelum itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah pun mengesahkan berlaku dua kematian banduan dari Penjara Kajang manakala 16 lagi mengalami kesan sampingan mudarat seperti lumpuh dan sebagainya.

Dua kematian setelah menerima dos penggalak Pfizer, manakala yang lain turut menerima suntikan vaksin sebelum didapati kesan serius kesihatan.

Mengikut data KKM menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara, sebanyak 124 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) serius dikemukakan membabitkan penerima vaksin Pfizer iaitu daripada 5,788,459 dos yang diberikan sejak 1 Nov 2021.

Bagaimana semua ini berlaku? Siapa yang bertanggungjawab menganalisa data semua rakyat yang sudah divaksin?

Sebagai contoh Australia boleh mengetahui bahawa vaksin AstraZeneca jika diberi kepada individu bawah 60 tahun boleh menyebabkan darah beku, tetapi negara kita hanya wujud ‘oh sudah vaksin mati juga ke? kesian’.

Siapa yang mengaudit keberkesanan vaksin selepas dimasukkan ke badan. Yang dilaporkan hanyalah nombor jumlah kes dan kematian sahaja.

Langkah segera menyuntik rakyat adalah bagus tetapi cara perbuatan melabelkan rakyat yang belum yakin sepenuhnya dengan vaksin adalah tidak wajar, ibarat ‘criminalise people who anti-vac’.

Kompilasi isu vaksin & booster

Golongan ini bukan anti vaksin tetapi belum yakin kerana banyak contoh di depan mata.

Satu pendekatan perlu diambil adalah melalui penerangan data yang tepat dan pujukan.

Dalam kalangan rakyat, terdapat berlakunya apabila dimaklumkan orang lain tidak divaksin, maka mereka segera dianggap sebagai penjenayah masyarakat.

Ini adalah faktor penyumbang kepada mereka untuk mendapatkan sijil vaksinasi digital secara tidak sah ditambah pula dengan sistem MySejahtera yang masih lemah walaupun kerajaan sudah berbelanja RM70 juta.

Siasatan tidak harus hanya dilihat kepada skop bagaimana rakyat memperolehi sijil tanpa divaksin, tetapi lihat juga benarkah wujud jumlah-jumlah vaksin seperti di uar-uarkan.

Contoh pada tahun lalu, tular satu video pendek yang merakamkan seorang petugas menukar jarum semasa menyuntik seorang kanak-kanak.

Selepas ibu menyemak rakaman itu dan melaporkan kepada Pusat PPV, kanak-kanak itu diberi suntikan sekali lagi.

Juga dilaporkan petugas terbabit sudah dibuang kerja dan berikutan ia kesilapan individu.

Negara China yang menjadi sumber kepada punca pandemik Covid-19 hanya memperakukan vaksin Sinovac kepada rakyat mereka. Berapa peratuskah kematian rakyat China berikutan suntikan Sinovac ini?

Berbeza dengan negara kita, berapa banyak jenis vaksin digunakan.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16  −    =  14