Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Siapa ADUN dikait gangguan seksual wanita?

JOHOR BAHRU, 17 Januari – Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, wanita berumur 26 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Kota Tinggi, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

“Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,” katanya.
Walau bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana memaklumkan belum meneliti laporan itu.
Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular dalam media sosial.
Mangsa, yang dipercayai ahli sebuah parti politik mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit