Siang nafi, malam Altimet sertai PKR

 Siang nafi, malam Altimet sertai PKR

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet sah menyertai PKR.

Perkara itu diumum Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Bersama Anwar di sebuah hotel di Ampang, di sini malam tadi.

Anwar kemudian menyerahkan kad keahlian parti itu kepada mereka.

Tengah hari semalam, Wacana.my ada menghubungi Altimet untuk bertanyakan kesahihan perkara tersebut tetapi dinafikannya.

Namun pada waktu dihubungi itu, Altimet mengakui perlu bersikap lebih peka terhadap bidang politik yang menyumbang kepada ekonomi negara.

“Saya perlu menjadi lebih peka terhadap bidang politik kerana ia berkait rapat dengan ekonomi negara. Apatah lagi saya sudah berkeluarga, jadi penting untuk mengetahui hala tuju negara demi masa depan.

“Mungkin ada yang terkejut dengan berita ini kerana nama saya dikaitkan dengan politik, namun bagi saya ia bukanlah sesuatu yang mengejut. Saya mengundi Datuk Azmin Ali sebanyak dua kali, jadi saya ingin tahu rancangannya untuk penduduk kawasan.

“Bukan membuat persembahan, sebaliknya pada malam ini saya bakal berdialog bagi menanyakan soalan berhubung perancangan beliau untuk kawasan ini. Ia penting untuk masa depan anak-anak saya yang semakin membesar,” kata Altimet kepada Wacana.my

Altimet dan Afdlin kini mengikut jejak langkah Datuk Hans Isaac yang terlebih dahulu menyatakan sokongan kepada pimpinan parti tersebut.

Terdahulu, beberapa barisan artis dan selebriti tempatan mula berkecimpung dalam arena politik.

Antaranya adalah Dira Abu Zahar yang telah menyertai Puteri UMNO dan kini merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Datuk Norman Abdul Halim menyertai BERSATU dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penerangan parti berkenaan.

Zed Zaidi dan Shahrul Shiro pula menyertai UMNO.

Pada pilihanraya yang lepas, Azwan Ali telah bertanding sebagai calon bebas di DUN Bukit Antarabangsa namun tewas.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

90  −    =  88