Si jenggo dari Tanah Abang

 Si jenggo dari Tanah Abang

Mohd Najib Mohd Salleh

Oleh Mohd Kamal Ahmad

MERSING: Tanda-tanda musim udang galah ialah daun-daun getah mula gugur. Tetapi perkiraan paling mudah ialah bermulanya musim panas selepas musim hujan atau tengkujuh. Iaitu mulai akhir Mac dan awal April sehingga hujung tahun – itu detikanya kaki pancing memburu jenggo atau udang galah saiz mega di Semenanjung yang mencecah 300 hingga 500 gram seekor!

Bagi Mohd Najib Mohd Salleh, lubuk udang galah di Sungai Endau dekat Kampung Orang Asli Tanah Abang di sini, adalah destinasi yang kerap dikunjungi sepanjang tahun. Cuma sejak PKP dikuatkuasakan, gian memancing udang galah terpaksa dipendam.

Udang galah sepit biru di Tanah Abang gemar umpan ruat pasir. Saiznya kecil dan seekor ruat pasir boleh dipotong tiga untuk dijadikan umpan menggunakan matata kail saiz nombor 3. Untuk mendapatkan feel memancing udang, gunakan set joran aksi paling ringan. Tali 8 paun paun dan perambut 10 paun.

Masa udang galah paling galak makan umpan ialah kira-kira sejam air hendak pasang. Dan tempoh pancingan paling produktif antara dua hingga 3 jam sahaja selepas itu.

Untuk satu-satu trip, Najib lazimnya mampu memancing sehingga 50 ekor udang galah. Sebanyak lima set joran digunakan. Hasil itu dianggap sudah mencukupi untuk beliau sekeluarga menikmati lauk udang galah yang dimasak lemak cili api atau sambal.

Lubuk yang sama juga tempat beliau memancing baung, patin, lais, sebarau dan toman selain dikongsi sama dengan sang bedal.

Ada pantang larang bila turun ke sungai, kata Najib. “Jaga mulut dan jangan cakap celupar. Selain itu, jangan bawa benda-benda yang busuk seperti daging ayam dan umpan tapa. Kalau kitab awa juga bermakna kita kena berani berdepan risiko iaitu kemunculan buaya yang menghidup bauk bangka. Selain itu, tolong jaga niat kita…” katanya.

Pemancing juga perlu peka dan pastikan tempat mereka melabuhkan bot adalah lokasi yang selamat. Pastikan tidak ada sarang buaya di situ kerana ibu buaya sangat aggresif bila ada pencerobohan sarangnya.

“Sarang buaya biasa ada di kawasan tebing yang mendatar dan kita boleh Nampak kesan seretan badan dan tapak kakinya,” katanya.

Juga sentiasa memerhati sekeliling sama ada dalam air atau pada dahan-dahan pokok kerana dikhuatiri ada ular berbisa di situ.

Menghala ke arah ulu Sungai Endau adalah Taman Negara Endau Rompin yang ada peraturannya untuk memancing.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18  −  12  =