Si gerong belang dari Seribuat

 Si gerong belang dari Seribuat

Oleh Mohd Kamal Ahmad

MERSING, 20 Mac – Lebih 30 kilogram tangkapan dibawa pulang daripada trip ke beberapa lubuk di perairan Penyabung dan Pulau Seribuat. Itulah rezeki sekumpulan enam kaki pancing tegar dari Kluang dan datang bertandang ke perairan itu yang dikatakan tempat pemburuan terbaik bagi spesies cermin yang aggresif.

Sehari di laut dengan caj sewa bot RM1,200 disifatkan berpatutan apatah lagi mendapat khidmat tekong berpengalaman seperti Izi Charter. Enam kaki pancing itu ialah Najib Salleh, Khai, Mus, Azlan, Madi dan Zul yang mengambil masa kira-kira dua jam dari Kluang ke jeti Penyabung dan 40 minit lagi ke lubuk di Seribuat.

“Kami memilih untuk menggunakan light jigging. Warna yang difikirkan sesuai ialah hijau, oren dan perak yang saiznya antara 40 gram hingga 60 gram,” kata Najib kepada Wacana.my.

Tangkapan terbaik trip sehari itu ialah gerong belang seberat 8 kilogram yang ditumpaskan oleh Mus selepas pertarungan lebih 20 minit.

Di lokasi, bot mereka sekali sekala dilambung ombak yang kuat kerana ketika itu musim monsun timur laut masih belum berakhir. “Angin masih kuat,” kata Najib lagi.

Trip mereka berakhir apa bila bot Izi Charter balik berlabuh di jeti Penyabung kira-kira jam 6 petang iaitu selepas kira-kira 11 jam dilambung ombak dan angin Laut China Selatan.

Hasilnya mereka membawa pulang ikan berkualiti tetapi sangat memenatkan untuk ditewaskan seperti gerong belang, sagai, ebek dan jemuduk.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18  +    =  19