SHMKM mula dikuatkuasa untuk stabil harga di pasaran

 SHMKM mula dikuatkuasa untuk stabil harga di pasaran

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) mula berkuat kuasa di seluruh negara pada Selasa hingga 31 Dis dalam usaha kerajaan untuk menstabilkan harga barangan keperluan dan memastikan bekalan itu mencukupi di pasaran.

Antara barangan disenaraikan di bawah skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kubis bulat import (dari Indonesia dan China) serta timun.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata pematuhan skim itu melibatkan setiap peringkat dalam rantaian pembekalan barangan keperluan.

“Sebanyak 12 barangan yang disenarai SHMKM terdiri daripada tiga kategori ayam, tiga gred telur ayam dan sayur-sayuran pilihan ramai adalah barangan yang berpotensi untuk naik lagi harganya jika tiada kawalan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di Pasar Sri Gombak, Selangor dekat sini hari ini. 

Azman berkata berikutan pelaksanaan SHMKM, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP akan meningkatkan pemeriksaan pemantauan harga untuk memastikan pematuhan terhadap skim melibatkan kira-kira 2,200 pegawai penguat kuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga di seluruh negara. 

Azman menyeru pengguna untuk menyalurkan aduan kepada KPDNHEP supaya tindakan boleh diambil sekiranya terdapat sebarang kenaikan harga melebihi harga maksimum ditetapkan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +    =  9