Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Shebby Singh meninggal dunia akibat serangan jantung

Oleh Farhana Ab Rahman
PETALING JAYA : Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat serangan jantung,petang tadi.
Perkembangan itu disahkan oleh rakan mendiang yang juga jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah.

Difahamkan, Serbegeth yang lebih mesra disapa Shebby itu terkena serangan jantung ketika berbasikal di Kledang,Johor.
Sebagai rekod, Serbegeth yang beraksi di bahagian pertahanan beraksi buat skuad kebangsaan bermula 1982 hingga 1991.
Di peringkat kelab, dia pernah bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.
Bukan sahaja pernah berkhidmat dalam mengendalikan pasukan kebangsaan, bahkan mendiang juga adalah Penasihat Global Blackburn Rovers pada 2012.