Shavkat Mirziyoyev dipilih semula sebagai Presiden Uzbekistan

 Shavkat Mirziyoyev dipilih semula sebagai Presiden Uzbekistan

Shavkat Mirziyoyev

TASHKENT, 26 Okt — Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev dipilih semula dengan 80.1 peratus undi pada pilihan raya yang diadakan pada Ahad, agensi berita Xinhua memetik Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC) Uzbekistan Isnin.

“Terima kasih saya kepada rakyat atas kepercayaan mereka,” kata Mirziyoyev.

Mirziyoyev mewakili Parti Demokratik Liberal dan antara janji kempen pilihan raya beliau adalah meneruskan pembaharuan, melancarkan lebih banyak projek perindustrian, menyediakan pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Antara calon lain yang turut bertanding termasuk Alisher Kadirov dari Parti National Revival Democratic, Maksuda Varisova (Parti Demokratik Rakyat) dan Narzullo Oblomurodov (Parti Ekologi).

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *