Shandy Aulia terlibat kes promosi judi dalam talian?

 Shandy Aulia terlibat kes promosi judi dalam talian?

JAKARTA : Bintang filem Eiffel I’m In Love, Shandy Aulia, 34, dipanggil membantu siasatan selama tiga jam selepas didakwa terbabit dalam kes mempromosi judi dalam talian, semalam.

Pelakon Indonesia itu memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan dan memberikan keterangan terhadap pihak polis di Balai Polis Metro Jaya, Indonesia. 

Shandy menjelaskan dia tidak berdepan masalah dengan siasatan itu, malah akur perlu beri kerjasama demi kelancaran kes terbabit.

“Oh tidak. Saya tidak rasa terganggu pun dan ia (siasatan) memang perlu dijalankan,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui selepas proses siasatan itu tamat.

Terdahulu, wanita dikenali Laura Aprilya Bakkara membuat laporan polis pada 26 Ogos lalu mendakwa Shandy terbabit dalam aktiviti perjudian dalam talian itu.

Dalam pada itu, pelakon terbabit juga enggan mengulas mengenai dakwaan rumah tangganya dengan suami David Herbowo kini berantakan.

“Kalau soal kehidupan peribadi, mohon jangan tanya. Sebagai figura awam, memang tidak akan terlepas pertanyaan itu.

“Tapi memandangkan ia terlalu peribadi, jadi saya tidak mahu jawab apa-apa,” katanya selepas media cuba mendapatkan kesahihan dakwaan itu.

Bulan lalu, Shandy mohon diberi ruang dan privasi selepas khabar angin mengenai perceraian dengan David tersebar sejak 7 Oktober lalu.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  6  =