Shahidan, timbalannya potong gaji bantu asnaf Wilayah Persekutuan

 Shahidan, timbalannya potong gaji bantu asnaf Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan timbalannya setuju memotong sebahagian daripada gaji mereka bagi menjayakan misi bulan sifar miskin tegar bulan Februari ini.

Shahidan berkata, tindakan itu dilakukan berikutan sumber terhad dan terdapat 4,000 asnaf yang dikenal pasti di Wilayah Persekutuan.

Gambar ihsan Facebook Wilayahku

“Prihatin dengan nasib rakyat dan program bulan sifar miskin tegar ini dirancang sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2022 berkonsepkan mesra rakyat dan dilaksanakan dalam suasana norma baharu.

“Sebanyak 64 program telah disusun sepanjang SHWP 2022 dan melibatkan penyertaan pelbagai kaum serta lapisan masyarakat dan ia bakal menterjemahkan konsep Our City Our Home melalui enam teras utama seperti Pengiktirafan, Ilmiah dan Pendidikan, Usahawan, Kemasyarakatan, Seni dan Budaya serta Sukan,” katanya.

Gambar ihsan Facebook Wilayahku

Shahidan berucap dalam sidang media khas sempena SHWP 2022 di Putrajaya pada Khamis.

Bersama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) beliau berikrar untuk membasmi golongan miskin tegar melalui aktiviti ekonomi yang dikhususkan kepada golongan terbabit.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL), Rithuan Mohd Ismail.

sumber : Wilayahku

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  38  =  47