Shahidan tangkas bantu penduduk Gombak

 Shahidan tangkas bantu penduduk Gombak

KUALA LUMPUR : Prihatin dengan bencana yang menimpa penduduk di pangsapuri Taman Melati, Gombak akibat ribut petang tadi, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim tangkas mengambil inisiatif untuk membantu.

Menerusi perkongsian di Facebook sebentar tadi, Shahidan mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di bawahnya untuk segera menghulurkan bantuan.

“Saya telah mengarahkan pasukan KWP bersama agensi termasuk Yayasan Wilayah Persekutuan untuk segera menghulurkan bantuan kepada para penduduk pangsapuri di Taman Melati, Gombak.

“Bumbung beberapa buah rumah di blok pangsapuri itu rosak teruk akibat ribut petang tadi,” kata Shahidan.

Paparan yang dimuat naik oleh Shahidan menggunakan tanda pagar DSSK, Our City Our Home, KWP, Langkah Panglima, Keluarga Malaysia dan Aspirasi Keluarga Malaysia.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

47  −    =  37