“Shahidan jadi PM, Piala Dunia dalam tangan…”

 “Shahidan jadi PM, Piala Dunia dalam tangan…”

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mengumumkan Hari Kelepasan Am Tambahan pada esok hari (Jumaat, 3 Disember 2021) bersempena dengan kejayaan pasukan bola sepak Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan di TM Piala Malaysia 2021 edisi Ke-100.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kemenangan KL City FC itu di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan pencapaian terbaik pasukan tersebut setelah 32 tahun penantian.

Pengumuman itu dibuat selaras dengan Subseksyen 9(2) Akta Hari Pelepasan Am 1951 (Akta 396) Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, KL City FC berjaya menundukkan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil dengan 2 gol berbalas kosong, sekali gus menamatkan kemarau panjang 32 tahun skuad bola sepak ibu kota itu.

Seperti yang kita semua tahu, KL City FC ini merupakan pasukan yang disifatkan sebagai ‘underdog’ di pentas final itu akhirnya berjaya menjulang trofi Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100 kejohanan itu.

Ramai yang menganggap kejuraaan Piala Malaysia sudah dipegang oleh skuad JDT yang bernilai RM29 juta itu berdasarkan segala kelebihan yang dimiliki skuad ‘sempurna’ Harimau Selatan berbanding skuad ‘underdog’ KL City yang hanya bernilai RM16 juta.

Namun, di dalam keseronokan terdapat juga berita yang kurang enak didengar dimana Shahidan telah meluahkan kekecewaannya di Facebook kerana tidak dijemput turun ke padang ketika meraikan kejayaan pasukan KL City FC. Bagi pandangan penulis, perkara seperti ini (tidak diundang menyaksikan perlawanan bola sepak) tidak seharusnya berlaku.

Namun apa yang penulis respect dengan Menteri Wilayah Persekutuan ini ialah, beliau tetap menjanjikan “hadiah” buat para pemain walaupun hatinya mungkin sedikit terguris?

Di ruangan dada-dada akhbar pula menyaksikan kebanggaan rakyat Malaysia terutamanya warga Wilayah Persekutuan yang berasa bangga kerana Shahidan yang baharu sahaja dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, terus KL City menang Piala Malaysia.

“Bayang kalau lantik dia (Shahidan) jadi PM (Perdana Menteri)? Piala Dunia dalam tangan,”antara kata-kata netizen.

Jika anda masih ingat, ketika zaman pentadbiran Shahidan ketika menjadi Menteri Besar dulu juga berjaya membawa kegemilangan Perlis menjuarai Piala Malaysia 2004.

Adakah ini satu kebetulan?

Untuk pengetahuan, kali terakhir The City Boys (KL City) berada di pentas akhir saingan tertua Asia Tenggara itu adalah pada tahun 1989.

Jadi adakah ini merupakan permulaan bagi pasukan KL City untuk terus bangkit?

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

42  −  41  =