Shahidan beri nafas baharu Hari Wilayah

 Shahidan beri nafas baharu Hari Wilayah

Pada 1 Februari 1974, iaitu 48 tahun lalu, Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.

Wilayah Persekutuan merangkumi tiga buah wilayah termasuk ibu negara Kuala Lumpur yang kini berusia 50 tahun.

Ketika di Majlis Di ambang Wilayah Persekutuan, semalam.

Selepas 10 tahun penubuhannya, Labuan pula diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan kemudiannya Putrajaya.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 4 Segambut, Abdullah Imbi

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 4 Segambut, Abdullah Imbi berkata, sejak penubuhan Wilayah Persekutuan dan sebahagian daripada kawasan Selangor, setelah ditubuhkan ia telah dilebarkan kepada beberapa kawasan sehingga ke Batu Caves, Sungai Besi dan Cheras.

“Yang pentingnya Hari Wilayah tahun ini diterajui oleh Menteri Wilayah Datuk Seri Shahidan Kassim dalam keadaan norma baharu.

“Beliau bergerak pantas selaras visi, jika ada masalah boleh berhubung dengannya, pihak DBKL akan susun kerja dengan rapi, itulah Menteri Wilayah Persekutuan sekarang ini.

“Jadi segala kerja di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan, tahun ini kita raikan bersama dengan tahun Baharu Cina, tahun Harimau lambang kekuatan mengharungi cabaran norma baharu,” katanya di Majlis Malam di ambang Hari Wilayah Persekutuan 2020 semalam.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Nassir Hussain.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Nassir Hussain berkata, Hari Wilayah ini, kita berada di ibu negara yang merupakan pangkalan bermulanya segala maklumat dan inilah sebenarnya pusat pentadbiran awal serta bersejarah, meskipun ia telah berpindah ke Putrajaya, tetapi Kuala Lumpur adalah satu jenama terpenting dalam sejarah Malaysia.

Tambah beliau, setiap menteri yang dilantik sebelum ini mempunyai agenda dan visi yang berbeza tetapi modus operandi tetap sama iaitu memajukan kawasan Wilayah Persekutuan.

“Setiap menteri yang dilantik atau berjawatan kebiasaannya, mempunyai agenda dan visi tersendiri, seperti menteri terdahulu Raja Nong Chik, beliau membuat siar kaki dan banyak pembangunan infra.

“Kemudian Tan Sri Annuar Musa pula agak berbeza sedikit kerana lebih “infomatik”, beliau lebih suka turun padang melakukan kejutan dan sama-sama mengembleng tenaga dan lebih kepada mempamerkan supaya Kuala Lumpur ini nampak lebih menonjol daripada negeri lain.

“Tetapi Shahidan pula, beliau baharu dan mula menyambung legasi itu, Shahidan telah membentuk satu tahun ke hadapan untuk membangunkan warga Kuala Lumpur serta membantu semua penduduk PPR yang terkesan ini dengan cerdas dan cepat,’ katanya.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) UMNO Bahagian Segambut, Mohd Razib Bin Buang,

Sementara itu, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) UMNO Bahagian Segambut, Mohd Razib Bin Buang, berkata Hari Wilayah ini memang bermakna buatnya.

“Jika dahulu kita sambut untuk Hari Selangor, tapi bila wujudnya Wilayah Persekutuan ni, satu makna yang amat besar buat saya dengan kita boleh lihat pembangunan yang pesat membangun di Kuala Lumpur terutamanya.

“Nampaknya sambutan untuk Hari Wilayah yang terkini dibawah kepimpinanan Datuk Seri Shahidan Kassim agak meriah di setiap cawangan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan beberapa kawasan lain,” ujarnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

48  +    =  58