Shahidan arah baiki segera bumbung flat Taman Melati

 Shahidan arah baiki segera bumbung flat Taman Melati

PETALING JAYA : Prihatin dengan keadaan penduduk di blok rumah pangsa di Taman Melati yang rosak dipukul ribut petang Isnin lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menggesa pembaikan unit tersebut dipercepatkan.

Membuat kunjungan secara mengejut pada pagi Jumaat, Shahidan meminta keutamaan diberikan kepada unit rumah yang kehilangan bumbung terlebih dahulu untuk diperbaiki.

Gambar ihsan Facebook Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Zaizalnizam Zainun berkata, kekangan untuk mempercepatkan pembaikan dan pembinaan dalam tempoh terdekat kerana perayaan Tahun Cina yang bakal menjelang.

“Kami ingin membantu memastikan penduduk dapat pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat. Semestinya tidak selesa menginap di rumah jiran atau pun saudara mara berbanding kediaman sendiri. 

Rumah pangsa di Taman Melati – Gambar ihsan Facebook DSDSK

“Keutamaan diberikan kepada unit pangsa pada bahagian atas yang berbumbungkan bulan dan langit ketika tidur. Seterusnya fokus diberikan kepada 40 unit lain di empat blok yang terjejas akibat ribut itu.

“Malah, menteri sendiri turun padang membuat kejutan melawat rumah pangsa yang terjejas. Cuma ketika ini, kekangan dari segi bekalan barang-barang kerana cuti Tahun Baru Cina. Pihak kami akan mempercepatkan mana yang patut bagi membantu rakyat,” katanya kepada Wacana.

Terdahulu, Shahidan memaklumkan penduduk yang terjejas ditempatkan di rumah transit milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sementara kerosakan tersebut dibaiki.

Selain itu, pihak YWP telah memberikan bantuan makan malam, sarapan dan tengah hari untuk 200 orang yang terlibat dan sebarang keperluan akan disalurkan dari semasa ke semasa.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, empat blok rumah pangsa di Taman Melati yang melibatkan 40 unit rumah dari Blok A13, A14, A15 dan A16 mengalami kerosakan akibat angin kencang dan hujan lebat.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  78  =  87