Shabudin dilantik Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia

 Shabudin dilantik Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia

Datuk Shabudin Yahaya

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang baharu.

AIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Shabudin itu bagi menggantikan Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia bulan lepas.

“Di atas kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki ini, beliau diyakini dapat menerajui AIM yang kini memiliki seramai 356,024 Sahabat kepada satu tahap yang lebih baik dan cemerlang.

“Semoga pelantikan ini dapat meningkatkan lagi peranan dan fungsi AIM dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan seterusnya dapat meningkatkan taraf ekonomi isi rumah golongan yang berpendapatan rendah,” menurut kenyataan itu.

Shabudin, 56, yang merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor sejak 2013 pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah sebelum menjawat jawatan Pengerusi Felcra Berhad.

Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

48  −    =  44