Pasang sekuriti jaga stor dadah

 Pasang sekuriti jaga stor dadah

JOHOR BAHRU: Rumah dilengkapi sistem keselamatan berpagar, menggajikan pengawal keselamatan untuk menjaga stor dadah di sebuah rumah sewa.

Itu modus operandi pasangan kekasih sejak pertengahan tahun lalu, namun berjaya dihidu pihak polis sebelum melakukan serbuan di dua lokasi berasingan di daerah ini malam semalam.

Dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada jam 7 malam, dua pengedar ditahan dan pelbagai jenis dalam bernilai RM63,785 dirampas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Superintenden R. Azizan Ibrahim berkata, suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan serta wanita warga Vietnam berusia 31 dan 37 tahun.

“Polis merampas 89.70 gram (g) syabu bernilai RM8,970; 64.60g ketamin (RM9,735); 3.20g ganja (RM160); 623.40g serbuk ekstasi (RM31,170); 77.50g magic mushrooms (RM3,875); 304 biji pil ekstasi (RM4,560); 337 biji pil erimin 5 (RM5,055) dan 26 biji pil yaba (RM260).

“Nilai keseluruhan rampasan dadah bagi operasi ini RM63,785 sementara jumlah sitaan RM43,550, manakala jumlah keseluruhan rampasan dadah serta sitaan RM107,335,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Antara dadah yang dirampas dalam dua operasi berasingan di Johor Bahru, semalam.

Dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 3,569 penagih dan semua suspek direman tujuh hari bermula Khamis hingga 19 Januari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau sebatan.

Sementara itu, beliau memberitahu, JSJN Johor menangkap 582 individu atas pelbagai kesalahan dadah dari awal bulan ini hingga kini.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 92.04 kilogram dadah dirampas bernilai RM305,697 dirampas selain turut disita harta bernilai RM382,180.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *