• Sunday, 20 June 2021, 7:40 am

Setor Balai Polis Sentul terbakar

 Setor Balai Polis Sentul terbakar

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Setor penyimpanan barang di Balai Polis Sentul mengalami kebakaran malam tadi menyebabkan kemusnahan hampir 70 peratus.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kejadian didapati berlaku di sebuah setor logistik berkeluasan 40 x 40 kaki persegi.

“Kebakaran turut melibatkan dua buah motosikal dan sebuah bot fiber. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Komander Operasi TPgB Mohd Hafizan Hassan,  Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11:57 malam, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Operasi melibatkan Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sentul dan bantuan daripada BBP Titiwangsa bersama sebuah jentera FRT, sebuah jentera LFRT dan sebuah jentera Water Tanker dengan kekuatan 15 orang anggota,” katanya.

Api berjaya dikawal sekitar lima belas minit kemudian dan padam sepenuhnya kira-kira jam 12.30 pagi.

Siasatan mengenai punca kebakaran masih dijalankan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *