Setiausaha Politik Menteri lapor polis terhadap individu guna namanya tipu RM40,000

 Setiausaha Politik Menteri lapor polis terhadap individu guna namanya tipu RM40,000

Nor Hizwan Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, telah membuat laporan polis di Balai Polis Ampang malam tadi.

AMPANG, 4 Mei — Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Ampang terhadap seorang individu lelaki yang didakwa menggunakan namanya untuk menipu dan mendapatkan wang.

Hizwan berkata beliau menerima pesanan whats app dari rakan sepejabat bertanyakan tentang seorang individu, namun setelah melihat gambar tersebut, Hizwan tidak mengenalinya.

Hizwan turut menerima dua tangkap layar berkenaan beliau telah ditemui oleh individu tersebut, berbincang beberapa perkara melibatkan pemberian wang berjumlah RM40,000.

“Individu tersebut dipercayai telah mendakwa saya meminta sejumlah wang bagi tujuan menjalankan program parti di Shah Alam.

“Nama dan jawatan saya sebagai Setiausaha Politik kepada YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah digunakan dalam urusannya dengan pihak tertentu yang mendorong kepada pemberian wang tunai tersebut.

“Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan ini,” tegasnya.

Hizwan berkata tujuannya membuat laporan polis agar perkara ini disiasat seterusnya membersihkan namanya yang telah digunakan secara salah.

 

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  8  =