Sertai pertandingan Kibarkan Bendera

 Sertai pertandingan Kibarkan Bendera

KUALA LUMPUR, 17 Jan 2022 : Orang ramai dijemput menyertai pertandingan Kibarkan Bendera Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022, anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.

Seramai 20 penduduk terawal layak mendaftar dan menyertai pertandingan itu yang bermula dari 20 Januari hingga 28 Februari 2022.

Hadiah wang tunai disediakan kepada tujuh pemenang termasuk sagu hati.Wang tunai sebanyak RM1,300 menjadi hadiah utama untuk pertandingan ini.

Pengumuman itu dikeluarkan menerusi Facebook milik Perbadanan Putrajaya baru-baru ini, yang menyatakan ia antara
program menarik sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari 2022 ini.

Selain itu, Perbadanan Putrajaya juga menyeru seluruh warga Wilayah Persekutuan, pemilik bangunan di Putrajaya, semua kementerian dan Jabatan Kerajaan, bangunan swasta, hotel, kedai, sekolah, stesen minyak dan kediaman menyemarakkan sambutan dengan mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan di premis masing-masing.

Pemasangan bendera di sekitar kawasan Putrajaya

Kerja- kerja pemasangan bendera telah dilakukan sejak 15 Januari lalu oleh pasukan Bahagian Lesen dan Perniagaan Jabatan Perkhidmatan Bandar PPJ di seluruh kaki lima dan sepanjang pembahagi jalan sekitar Putrajaya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

53  −    =  43