Serai mampu jana pendapatan IKS – Star Medik

 Serai mampu jana pendapatan IKS – Star Medik

NILAI: Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Star Medik, Datuk Tajuddin Abdul Latif memberitahu bahawa syarikatnya mengambil insiatif untuk membantu perusahaan kecil tempatan dengan melancarkan kilang pengeluaran pati serai.

Pembukaan kilang pengeluaran pati serai itu dapat memberi peluang kepada Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk menjana pendapatan di musim pandemik ini.

Ketua Pengarah Eksekutif Star Medik, Datuk Tajuddin Abdul Latif 

Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Tajuddin Abdul Latif berkata, hasil penelitian kajian dilakukan, dia mendapati serai sangat sesuai dijadikan produk untuk membantu jana pendapatan IKS kerana ia mudah ditanam serta mampu perolehi jangka hayat lama.

“Selepas saya lihat dan teliti “Pro and Cons”, fasiliti yang ada, jadi saya dapatkan serai dan kenapa serai, sebab ia adalah perkara asas dalam masyarakat kita, hampir setiap rumah dikampung ada serai dan ia mudah ditanam mengikut cuaca Malaysia

“Dalam industri, kita ada bahan mentah dan hiliran, apa yang kita buat adalah jadikan serai ini sebagai hiliran supaya pasaran ini naik, sebab kami mempunyai teknologi untuk jadikan serai ini tahan lebih lama

“Kalau kita cipta pasaran, kita cipta “demand” orang kampung akan jual secara langsung, jadi kita boleh menjual dalam “contract farming” untuk sekala kecil,”ujarnya pada Wacana.my.

Tambahnya lagi, hampir 60 ribu masyarakat akan mendapat manfaat hasil daripada pengeluaran projek serai ini, dan hampir 75 tan serai secara keseluruhannya diperlukan dalam penghasilan produk ini.

Difahamkan kilang berkenaan mampu memproses 75 tan serai dalam masa sehari dan ia membantu juga para petani yang terkesan akibat pandemik, selain itu, projek ini akan diperluaskan di beberapa negeri Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, ia selaras dengan program pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

“Kita akan letakkan kilang di kawasan kampung di Masjid Tanah, ia bukanlah pekan besar, jadi kawasan sekitar darinya akan mendapat manfaat, tapi tidak cukup untuk mereka salurkan bekalan, dan mungkin akan memperluaskan lagi ke seluruh Negeri Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor

“Daripada daun serai dan prosesnya, kami jangka pendapatan syarikat kumpulan juga akan meningkat,” katanya.

Star Medik juga mempunyai perancangan lain untuk memasarkan produk serai ini ke peringkat antarabangsa setelah melihat potensi dan permintaannya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  9